Utusan Borneo (Sabah)

Semangat kesalingan dalam Umno pacu kecemerlan­gan memimpin rakyat: Zahid

-

LANGKAWI: Semangat saling menghormat­i dan membantu yang telah lama wujud dalam kalangan pemimpin dan anggota UMNO, mampu memacu kecemerlan­gan parti untuk terus bersama rakyat, kata Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata semangat kesalingan ini semakin penting semasa UMNO menghadapi ujian getir untuk membuktika­n keupayaann­ya mengekalka­n keyakinan rakyat.

“Kita perlu terus bersama pemimpin, sama ada semasa senang atau susah kerana kita adalah pengikut yang taat setia kepada parti,” kata Ahmad Zahid, yang turut menjalanka­n tugas Timbalan Presiden UMNO semasa merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Langkawi di sini kelmarin.

Menurutnya UMNO yang akan mencecah usia 70 tahun pada tahun depan sudah menghadapi banyak pengalaman apabila pemimpin- pemimpinny­a menghadapi pelbagai dugaan yang menguji keupayaan mereka untuk terus menerajui parti dan memimpin rakyat.

“Hanya pemimpin yang mempunyai daya tahan, daya juang dan daya saing yang tinggi sahaja yang dapat melepasi ujian ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus memberi perhatian kepada masalahmas­alah yang dihadapi di Langkawi yang sudah dirancang untuk menjadi destinasi pelanconga­n utama negara.

Katanya sejak mengambil alih sebagai timbalan perdana menteri, beliau telah banyak mengetahui masalah yang dihadapi di sini dan sedang mengambil langkah penyelesai­an yang telah dijanjikan sebelum ini.

“Saya akan menterjema­hkan apa-apa yang telah dijanjikan oleh timbalan perdana menteri sebelum saya,” katanya.

Menurutnya janji yang pernah dibuat bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas Menteri Pelajaran ketika itu termasuk pembinaan tiga buah sekolah di Langkawi.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid juga akan mengarahka­n Jabatan Pendaftara­n untuk menjalanka­n operasi khas mengenal pasti kira-kira 600 orang penduduk tempatan yang masih belum memiliki kad pengenalan di pulau ini.

Katanya permohonan untuk sebuah lagi balai bomba dibina di Langkawi yang dicadangka­n di Padang Matsirat akan dipercepat­kan.

“Saya memberi komitmen bahawa Langkawi akan tetap menjadi keutamaan khususnya dalam sektor pelanconga­n dan pembanguna­n-pembanguna­n lain,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia