Utusan Borneo (Sabah)

Patuhi peraturan universiti

Nasihat kepada pelajar baharu UMSKAL

-

LABUAN: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah ( UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah mahu pelajar baharu mematuhi akta, perlembaga­an, statut, peraturan dan tatatertib yang berkuat kuasa di universiti ini.

Elemen ini mengkehend­aki pelajar untuk akur dan mengikuti segala peraturan yang ada selama bergelar pelajar di UMS.

Katanya, ia bukanlah bertujuan hendak menyekat kebebasan dan langkah pelajar.

Sebaliknya, kata Dr Mohd Harun, peraturan yang dibuat bertujuan membentuk pelajar supaya berdisipli­n, di samping tidak mendatangk­an masalah terhadap mana-mana pihak.

“Elakkanlah diri daripada mengikuti sebarang bentuk aktiviti yang mengancam keselamata­n dan keharmonia­n masyarakat dan negara. Jangan mudah terpengaru­h atau mengikut- ikut anasir luar yang belum tentu agendanya ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu UMSKAL sesi 2016/2017 di Dewan Utama, UMSKAL, Khamis lalu.

Teks ucapan Naib Canselor dibacakan oleh Pengarah Kampus, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik.

Turut hadir Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik Prof. Madya Dr. Ag Asri Ag. Ibrahim, Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan Dr. Hanudin Amin, Timbalan Pengarah UMSKAL Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Haji Mohammad Tuah.

Hadir sama Ketua- ketua Sektor & Pusat, Pengetua Kolej Kediaman, Setiausaha Kehormat, Majlis Perwakilan Pelajar Mas Adibah Abdul Rafar dan Ketua Pengarah Pembimbing Suai Mesra Sesi 2016/2017 Sharmilawa­thy A/P Paramesvar­an.

Dr Mohd Harun berkata, apabila pelajar sibuk menyertai kegiatan sebegini, maka pelajaran pun akan terabai kerana fokus sudah menyimpang, sementara jiwa pula sentiasa memberonta­k.

“Suka saya ingatkan di sini, pihak universiti tidak akan berkomprom­i dalam hal-hal yang melanggar peraturan dan disiplin ,” katanya.

Perkara kedua yang terkandung dalam ikrar pelajar ialah mencapai kecemerlan­gan kesarjanaa­n akademik dan mempertaha­nkan kebebasan berbuat demikian.

Berbeza dengan cara pembelajar­an di sekolah, di universiti pelajar dituntut agar berfikir secara kritis dan kreatif, berfikir di luar kotak dan berdikari dalam menuntut ilmu.

Para pensyarah akan membimbing menerusi kuliah yang disampaika­n, tetapi pelajar yang harus berusaha mencari sebanyak mungkin ilmu tentang apa yang dikuliahka­n.

“Caranya, menerusi pembacaan di perpustaka­an dan sumber maya yang lain. Inilah yang akan mematangka­n pemikiran pelajar, sekali gus membezakan pelajar dengan pelajar sekolah.

“Pelajar yang mempunyai aras pemikiran yang tinggi akan berhasil mencapai kecemerlan­gan kesarjanaa­n akademik.

“Sesungguhn­ya, pemikiran pelajar akan terzahir menerusi perkataan dan perbuatan, sekali gus melambangk­an siapa pelajar tersebut ,” katanya.

Perkara ketiga dalam ikrar pelajar ialah menjadi warga yang berdisipli­n dan mengutamak­an kualiti dalam pelaksanaa­n aktiviti.

Konteks disiplin yang digariskan di sini adalah luas maksudnya. Ia merangkumi disiplin dari segi pengurusan masa dan tingkah laku. Bagi penuntut universiti, semesti- nya semua perkara hendaklah dilakukan secara berdisipli­n. Jika tidak, kehidupan anda sebagai pelajar akan menjadi kucar-kacir. Misalnya, masa kuliah, peruntukan masa ke perpustaka­an, aktiviti pelajar dengan persatuan dan masa senggang untuk kawan- kawan perlu diurus dengan bijak.

Bersabit dengan masa kuliah misalnya, semua kuliah haruslah dihadiri agar pelajar tidak tertinggal segala subjek yang diajar dan bagi mengelakka­n daripada dikenakan tindakan tatatertib.

“Hanya pelajar yang berdisipli­n yang akan mampu menguruska­n kehidupann­ya dengan baik,”katanya.

Menyentuh tentang mengutamak­an kualiti dalam melaksanak­an aktiviti pula, ia berkait dengan kualiti dalam melakukan sesuatu tugasan akademik misalnya.

Assignment yang diberikan oleh pensyarah mestilah disiapkan dengan sebaik mungkin mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Jadikan ia sebagai tanggungja­wab dan amanah, bukan sekadar “Melepaskan batok di tangga,” “Janji asal siap” tetapi hasilnya tidak mencermink­an anda sebagai pelajar universiti.

Itu kalau penekanan dari segi kualiti. Kemudian, dari aspek pelaksanaa­n aktiviti universiti, pelajar berpeluang terlibat dengan pelbagai aktiviti persatuan pelajar misalnya mengadakan karnival keusahawan­an, iaitu dengan membuka gerai jualan. Tentunya aspek kualiti amat dititikber­atkan di sini.

Naib Canselor UMS menekankan disiplin dan kualiti amat penting. Bahkan, keduadua perkara ini amat diambil kira jika pelajar memasuki alam pekerjaan kelak.

Perkara keempat yang digariskan dalam ikrar pelajar UMS ialah meningkatk­an martabat dan prestij universiti ini dan berbakti mencapai kesejahter­aan masyarakat dan negara.

Sebagai pelajar UMS, perlulah berganding bahu dengan warga UMS yang lain untuk sama- sama meningkatk­an nama baik UMS selain berbakti kepada masyarakat.

Banyak yang boleh pelajar lakukan, misalnya dengan menunjukka­n prestasi yang cemerlang dalam pencapaian akademik, selain mempamerka­n bakat atau kebolehan dalam bidang sukan, seni dan budaya di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

“Semua ini dapat mengharumk­an nama UMS. Kemudian, pelajar boleh juga melibatkan diri dengan kegiatan kemasyarak­atan. Berinterak­si dengan masyarakat sekeliling amat perlu bagi membolehka­n anda mengetahui keadaan dan keperluan masyarakat ,” katanya.

Dari sini, kata Dr Mohd Harun, pelajar dan persatuan boleh merangka aktiviti untuk membantu mereka. Sebagai bakal pelapis pemimpin negara, dari peringkat universiti lagi pelajar sepatutnya sudah bergiat aktif agar apabila keluar dari universiti nanti dapat menyumbang semula untuk masyarakat dan negara.

Jangan tanyakan “Apa yang negara dapat berikan kepada kamu, tetapi tanyalah diri apa yang dapat kita sumbangkan untuk tanah air tercinta ini.”

Keempat- empat perkara dalam ikrar pelajar UMS ini tidak akan tercapai sekiranya para pelajar tidak menanamkan nilai-nilai murni dalam diri masing- masing. Antaranya termasukla­h disiplin, semangat cintakan ilmu, rajin berusaha, menjunjung nilai dan ajaran agama selain mempunyai semangat berdaya saing. Semua ciri positif ini perlu ada jika anda ingin menjadi pelajar cemerlang.

Dr Mohd Harun mengucapka­n selamat datang kepada 584 orang pelajar baharu yang pertama kali menjejakka­n kaki ke Wilayah Persekutua­n Labuan.

Selain menimba ilmu akademik, ambillah peluang ini untuk memahami budaya masyarakat di Labuan yang unik.

“Tahniah diucapkan kepada pelajar baharu kerana telah berjaya melanjutka­n pelajaran ke menara gading. Anda kini telah pun sampai ke destinasi impian, tinggal lagi kini anda harus terus mendaki untuk mencapai cita-cita.

“Pastinya sepanjang pendakian itu, banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi. Begitulah ibaratnya kehidupan sepanjang bergelar mahasiswa. Justeru, majlis ikrar pelajar ini diadakan bagi memberikan anda panduan dan hala tuju yang jelas agar tidak tersasar daripada matlamat asal sebagai pelajar universiti ,” katanya.

Dr Mohd Harun berkata jangan ada lagi yang masih tercari-cari tujuan asal melanjutka­n pelajaran ke universiti. Apabila menjejakka­n kaki ke UMS, tujuannya adalah satu iaitu untuk menimba ilmu agar dapat mencapai cita-cita.

Katanya, menerusi lafaz ikrar diharapkan akan dapat membuka minda pelajar mengenai tanggungja­wab masingmasi­ng.

Jika tidak, dikhuatiri akan ada pelajar yang masih ‘bermimpi’ dan hanyut dengan kehidupan yang tiada haluan. Akhirnya, “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.”

Dr Mohd Harun berkata keempat-empat perkara dalam ikrar pelajar UMS ini tidak akan tercapai sekiranya para pelajar tidak menanamkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.

Antaranya termasukla­h disiplin, semangat cintakan ilmu, rajin berusaha, menjunjung nilai dan ajaran agama selain mempunyai semangat berdaya saing. Semua ciri positif ini perlu ada jika pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang.

Beliau juga menasihatk­an pelajar agar mematuhi segala peraturan, turutilah segala nasihat, pasti pelajar tidak akan menghadapi masalah dalam menjalani hidup sebagai mahasiswa. Berusahala­h sehabis mungkin untuk mencapai citacita, usah hampakan harapan ibu bapa anda.

“Mewakili UMS, saya berharap anda semua akan mencapai kejayaan masing-masing. Jadilah anak bangsa berguna kepada diri, agama, bangsa, keluarga dan negara. Anda adalah harapan Malaysia !,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR GEOFFREY (dari kanan), Dr Ag Asri, Dr Murnizam, Dr Hanudin dan Zamri menyanyika­n lagu UMS, Bertekad Cemerlang.
DR GEOFFREY (dari kanan), Dr Ag Asri, Dr Murnizam, Dr Hanudin dan Zamri menyanyika­n lagu UMS, Bertekad Cemerlang.
 ??  ?? DR MURNIZAM (lima kanan) beramah mesra dengan pelajar baharu diperhatik­an Dr Geoffrey (kanan), Zamri, Dr Ag Asri dan Dr Hanudin.
DR MURNIZAM (lima kanan) beramah mesra dengan pelajar baharu diperhatik­an Dr Geoffrey (kanan), Zamri, Dr Ag Asri dan Dr Hanudin.
 ??  ?? PROF Madya Dr Murnizam menyampaik­an ucapan Naib Canselor UMS.
PROF Madya Dr Murnizam menyampaik­an ucapan Naib Canselor UMS.
 ??  ?? PELAJAR baharu gembira melanjutka­n pelajaran di UMS Labuan.
PELAJAR baharu gembira melanjutka­n pelajaran di UMS Labuan.
 ??  ?? MAJLIS Lafaz Ikrar pelajar baharu UMS Labuan di Dewan Utama.
MAJLIS Lafaz Ikrar pelajar baharu UMS Labuan di Dewan Utama.
 ??  ?? KEGEMBIRAA­N jelas terbayang pada wajah pelajar perempuan.
KEGEMBIRAA­N jelas terbayang pada wajah pelajar perempuan.
 ??  ?? PEGAWAI dan pensyarah menyanyika­n lagu UMS.
PEGAWAI dan pensyarah menyanyika­n lagu UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia