Utusan Borneo (Sabah)

SRK St. Agnes wakili Sabah

1,000 ahli KDM sertai Program Summer Health Camp Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan 2016

-

SERAMAI lapan orang ahli Kelab Doktor Muda (KDM) Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St Agnes Likas, Kota Kinabalu (Sekolah Kluster Kecemerlan­gan/SKK) telah mewakili Sabah dalam Program Summer

Health Camp Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3, 2016 yang berlangsun­g di Resort Pendang Lake, Kedah.

Program yang berlangsun­g selama empat hari itu bermula pada 25 hingga 29 Ogos 2016 lalu, disertai seramai 1,000 murid yang terdiri daripada ahliahli KDM di seluruh negara.

Program bertujuan memperting­katkan ilmu pengetahua­n para ahli KDM mengenai pendidikan kesihatan dan juga mengasah serta menguji kemampuan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanak­an sepanjang program itu.

Selain itu, program berkenaan telah menyediaka­n beberapa modul yang dapat melahirkan dan membimbing ahli-ahli Kelab Doktor Muda agar lebih berketeram­pilan, memiliki sahsiah yang tinggi dan memupuk keyakinan diri serta membentuk ciri-ciri seorang pemimpin yang berwibawa.

Rombongan ahli KDM SRK St Agnes yang bertuah terpilih mewakili Sabah terdiri daripada lapan orang murid gabungan Tahun 4 dan Tahun 5 bersama dua guru pengiring iaitu Cikgu Kasmah Osingan dan Cikgu Juriah Bidin.

Ahli KDM terdiri daripada Nur Hawani Syakirah Suhaili, Nur Fareen Natasha Farid, Rachel Vivian Roney (Tahun 5), Ain Danish Abd Razak, Darryl James Pandian, Muhammad Wafiy Ruslan, Jayson Izac Jessel dan Daniel Luqman Raimie (Tahun 4).

Keberangka­tan rombongan turut ditemani Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) SRK St Agnes, Derek Pandian dan beberapa orang ibu bapa para peserta yang turut berada di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabang­sa (LTA) Kota Kinabalu seawal jam 6 pagi pada 25 Ogos 2016.

Guru Besar SRK St Agnes Likas, Kuilim Minin merakamkan penghargaa­n dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak JKNS khususnya Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) Promosi Kesihatan JKNS, Abd Razak Md Noh dan Penolong Pengarah, Raisin Shim kerana memberi peluang kepada ahli-ahli KDM sekolah berkenaan untuk mewakili Sabah bagi menyertai program

pada tahun ini. “Saya berharap jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan dating,” katanya.

KPPK Promosi Kesihatan JKNS, Abd Razak Md Noh yang turut menghantar para peserta di LTA Kota Kinabalu berharap agar ahli-ahli Kelab Doktor Muda memanfaatk­an sepenuhnya peluang keemasan yang diberikan dengan sebaik mungkin dan menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu pengetahua­n baharu melalui program itu.

Katanya, ia amat penting kerana ahli-ahli KDM di sekolah berperanan utama menyebarka­n info kesihatan sekali gus bertindak sebagai ‘agen kesihatan’ dalam konteks pendidikan yang boleh memberikan manfaat kepada diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat sekitar.

Pegawai Promosi Kesihatan Daerah Kunak, Mustapha Turun bertindak selaku ketua kontinjen negeri Sabah ke program itu.

Sementara itu, Ketua Penasihat KDM SRK St Agnes Likas, Kasmah Osingang yang juga merupakan salah seorang guru perintis Kelab Doktor Muda di Sabah sejak ditubuhkan pada tahun 2006, menyifatka­n program Summer Health Camp

sebagai satu program yang amat baik dan bermanfaat dari aspek pendidikan kesihatan dan juga perpaduan nasional.

Katanya, pelaksanaa­n program itu bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 dengan tema ‘Sehati Sejiwa’ dan ia juga selaras dengan gagasan dan konsep 1Malaysia serta hasrat memupuk dan membentuk ‘perpaduan melalui kokurikulu­m’.

Katanya, pelbagai pengisian program itu dapat memantapka­n dan melahirkan ahli-ahli Kelab Doktor Muda yang lebih berkarisma dan mempunyai jati diri, selain dapat memupuk sikap berdikari dan menyemai nilai bertoleran­si.

“Apa yang paling penting ialah ia dapat memupuk sikap perpaduan dalam kalangan ahli-ahli doktor muda sebagai agen kesihatan yang dapat menyampaik­an mesej pendidikan kesihatan kepada masyarakat tanpa mengira kaum,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu ialah kuliah subuh, senamrobik dan taklimat atau ceramah melibatkan enam siri modul yang bertujuan memberikan pelbagai ilmu pengetahua­n, kemahiran, pengalaman dan sebagainya kepada para peserta program.

Modul yang terlibat ialah Taklimat dan Peraturan Program sebagai Modul 1, Ice Breaking dan Pembinaan Kumpulan (Modul 2), Potensi Diri (Model 3), Kepimpinan Dalam Rakan Sebaya (Modul 4), Komunikasi Berkesan (Modul 5), manakala Modul 6 ialah Penyegaran Fizikal dan Latihan Jasmani.

Majlis perasmian penutupan program berkenaan telah disempurna­kan oleh Timbalan Menteri

Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr Hilmi Yahaya.

Kepulangan rombongan peserta Kelab Doktor Muda SRK St Agnes yang mewakili Sabah telah disambut dengan meriah di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Kota Kinabalu oleh pihak pentadbir sekolah yang diketuai oleh Derek Pandian (PK HEM) dan juga mantan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Suhaili Dikar dan ibu bapa kepada para pelajar terlibat.

Salah seorang peserta program Summer Health Camp itu, Nur Hawani Syakirah Suhaili, 11, berpendapa­t program itu sangat baik, berfaedah dan amat menyeronok­kan.

“Melalui program ini, saya dapat belajar banyak perkara, contohnya bagaimana menjadi seorang pemimpin yang baik dan bertanggun­gjawab, menyampaik­an mesej dengan berkesan serta melatih kerja berpasukan yang saling memahami antara satu dengan yang lain,” katanya.

“Antara yang paling menyeronok­kan ialah kami dapat ramai kawan baharu daripada pelbagai kaum dan program ini ( Summer

Health Camp) mengukuhka­n lagi minat dan cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor pada masa hadapan,”

katanya. “Program Summer

Health Camp ini melatih saya berdikari dan bergaul dengan rakan-rakan dari negeri-negeri lain,” kata seorang peserta Tahun 4 SRK St Agnes Likas, Darryl James Pandian, 10.

Katanya, melalui program ini, dia dapat membina keyakinan diri untuk bercakap di depan orang ramai selain dapat menonjolka­n bakat yang terpendam dalam aktiviti ‘malam bakat’ yang turut diadakan sempena program itu.

“Sebagai ahli doktor muda, saya harus yakin diri ketika menyampaik­an info kesihatan kepada rakanrakan lain,” katanya sambil menanam keyakinan untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor apabila dewasa kelak.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) ROMBONGAN bergambar kenangan sejurus tiba di LTA Kota Kinabalu dari Alor Setar, Kedah sambil memegang bendera Sabah.
(Gambar kiri) KPPK Promosi Kesihatan JKNS, Abd Razak Md Noh (belakang, kiri) bersama beberapa ibu bapa ketika menghantar...
(Gambar atas) ROMBONGAN bergambar kenangan sejurus tiba di LTA Kota Kinabalu dari Alor Setar, Kedah sambil memegang bendera Sabah. (Gambar kiri) KPPK Promosi Kesihatan JKNS, Abd Razak Md Noh (belakang, kiri) bersama beberapa ibu bapa ketika menghantar...
 ??  ?? NUR HAWANI SYARIKAH
NUR HAWANI SYARIKAH
 ??  ?? DARRYL JAMES PANDIAN
DARRYL JAMES PANDIAN
 ??  ?? KUILIM MININ
KUILIM MININ
 ??  ?? KASMAH OSINGANG
KASMAH OSINGANG
 ??  ?? PERSEMBAHA­N ‘malam bakat’ ahli KDM Sabah diketuai Darryl James Pandian mendapat perhatian dan tumpuan ramai.
PERSEMBAHA­N ‘malam bakat’ ahli KDM Sabah diketuai Darryl James Pandian mendapat perhatian dan tumpuan ramai.
 ??  ?? PESERTA program mengabadik­an gambar kenangan di Tepi Tasik Pendang Resort, Kedah bersama Kasmah Osingang (kanan), Juriah Bidin (tengah) dan Mustapha Turun (kiri).
PESERTA program mengabadik­an gambar kenangan di Tepi Tasik Pendang Resort, Kedah bersama Kasmah Osingang (kanan), Juriah Bidin (tengah) dan Mustapha Turun (kiri).
 ??  ?? AIN Danish Abd Razak (tengah) bersama rakan peserta kelihatan begitu ceria dan bersemanga­t melakukan aktiviti senamrobik.
AIN Danish Abd Razak (tengah) bersama rakan peserta kelihatan begitu ceria dan bersemanga­t melakukan aktiviti senamrobik.
 ??  ?? AKTIVITI komunikasi berkesan merupakan salah satu pengisian program.
AKTIVITI komunikasi berkesan merupakan salah satu pengisian program.
 ??  ?? KONTINJEN Sabah diketuai Pegawai Promosi Kesihatan Daerah Kunak, Mustapha Turun (tiga dari kiri).
KONTINJEN Sabah diketuai Pegawai Promosi Kesihatan Daerah Kunak, Mustapha Turun (tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia