Utusan Borneo (Sabah)

Dadah: Wanita New Zealand diberkas di Bali

-

DENPASAR: Seorang wanita New Zealand diberkas di Bali selepas pergi ke pulau peranginan itu dikatakan dengan membawa metamfetam­in kristal selepas sebuah parti dadah di Australia, menurut seorang pegawai semalam.

Myra Lynne Williams boleh berdepan dengan hukuman penjara selama lebih 12 tahun selepas ditahan di lapangan terbang pulau Indonesia itu pada Rabu lepas selepas ketibaanny­a dari bandar Melbourne di Australia, menurut ketua agensi antidadah Bali, Putu Gede Suastawa.

Pihak berkuasa menjadi curiga terhadap wanita berusia 27 tahun itu ketika dia menjerit-jerit. Satu tindakan pemeriksaa­n menemui metamfetam­in kristal seberat 0.43 gram.

“Di pejabat imigresen di lapangan terbang kami menemui sekeping plastik yang membungkus kristal putih tersebut,” kata Suastawa.

Suastawa berkata suspek memberitah­u pihak berkuasa dia telah berparti di Melbourne dan membawa meth kristal, ekstasi dan ganja sebelum berlepas ke Bali.

Indonesia mengenakan hukuman berat bagi kes serius melibatkan pengedaran dadah namun Williams mungkin terselamat dari skuad penembak kerana dia membawa kurang dari jumlah minimum sebanyak lima gram yang dikehendak­i oleh undangunda­ng untuk menjatuhka­n hukuman mati.

Wanita tersebut, yang berada dalam tahanan agensi antidadah, kemungkina­n akan didakwa kerana memi- liki atau menggunaka­n dadah, menurut Suastawa.

Sekiranya didapati bersalah bagi tuduhan memiliki, dia berdepan dengan hukuman penjara selama 12 tahun.

Kementeria­n Perdaganga­n dan Hal Ehwal Asing New Zealand berkata ia menyedari tentang penahanan seorang rakyat New Zealand di Bali dan pihak kedutaan mereka di Jakarta akan menyediaka­n bantuan konsular.

Rakyat asing sering ditangkap ketika cuba membawa dadah ke Bali, sebuah pusat peranginan tropika yang menarik jutaan pelancong pada setiap tahun, dan sebahagian­nya telah dijatuhkan hukuman mati. — AFP

 ?? AFP — Gambar ?? MYRA Lynne Williams pada sidang akhbar di Agensi Anti Narkotik Kebangsaan di Denpasar, Bali semalam.
AFP — Gambar MYRA Lynne Williams pada sidang akhbar di Agensi Anti Narkotik Kebangsaan di Denpasar, Bali semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia