Utusan Borneo (Sabah)

Tentera tembak mati empat pengebom nekad

Tatkala cuba serang koloni Kristian di Pakistan, kumpulan kecil Taliban mengaku bertanggun­gjawab

-

PESHAWAR: Empat pengebom nekad yang cuba me-nyerang sebuah koloni Kristian di Pakistan terbunuh pada awal semalam semasa pertempura­n senjata dengan beberapa buah pasukan keselamata­n di luar bandar barat laut Peshawar, kata tentera.

Anggota tentera dibantu oleh beberapa buah helikopter tentera berbalas tembakan dengan militan memakai ves bahan letupan yang cuba menyerang koloni Kristian berhampira­n Empangan Warsak, hanya di utara Peshawar, menurut tentera.

“Empat pengebom nekad dengan senjata dan peluru memasuki Koloni Kristian di Warsak selepas menyerang seorang pengawal keselamata­n pada jam 5.50 pagi waktu tempatan,” menurut tentera Pakistan dalam satu kenyataan.

“Pasukan keselamata­n segera memberi respons dan mengepung kawasan. Kejadian berbalas tembakan berlaku dan kesemua empat pengganas terkorban,” katanya, sambil menambah bahawa dua anggota separa tentera, seorang anggota polis dan dua orang pengawal keselamata­n tercedera dalam pertempura­n senjata.

“Situasi berada dalam kawalan”, menurut kenyataan, sambil menambah bahawa pasukan tentera sekarang sedang melakukan usaha mencari dari rumah ke rumah di kawasan berkenaan.

Jamaat-ul- Ahrar ( JuA), sebuah kumpulan kecil Taliban Pakistan, mengaku ber- tanggungja­wab bagi cubaan tersebut, dengan seorang jurucakap memberitah­u wartawan di Peshawar mereka membunuh ramai ‘ orang kafir’ dalam serangan tersebut.

Kumpulan militan kerap kali membesar- besarkan dakwaan mereka.

Jurucakap JuA mendakwa kumpulan itu mendalangi serangan paling teruk di Pakistan pada tahun ini, satu pengeboman yang turut menyasarka­n penduduk Kristian di sebuah taman Lahore yang sesak, mengorbank­an 75 orang pada Hari Ahad Paska.

Kumpulan militan itu berkata ia juga mendalangi serangan ke atas sebuah hospital di bandar barat daya Quetta pada bulan lepas yang mengorbank­an 73 orang.

Pejuang Negara Islam (IS) juga mengaku melakukan serangan itu, walaupun tentera Pakistan menyatakan kelmarin tiada bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.

Diskrimina­si dan keganasan terhadap puak minoriti agama merupakan perkara biasa di Pakistan, di mana penduduk Islam berjumlah lebih 90 peratus daripada populasi.

Taliban Pakistan secara rutinnya menyasarka­n kumpulan minoriti, dan pada 2011 menembak mati Shahbaz Bhatti, seorang penduduk Kristian yang merupakan menteri persekutua­n bagi hal ehwal minoriti.

Anggota militan Taliban menyerbu sebuah sekolah di Peshawar pada Disember 2014, membunuh lebih 150 orang, kebanyakan­nya kanak-kanak, dalam serangan pengganas paling teruk di Pakistan.

Pasukan tentera melancarka­n operasi pada Jun 2014 dalam usaha untuk menghapusk­an pangkalan militan di kawasan puak dan sekali gus menamatkan konflik berdarah yang meragut nyawa ribuan orang awam sejak 2004. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TENTERA Pakistan menutup jalan menuju ke koloni Kristian selepas serangan oleh pengebom nekad di pinggir Peshawar semalam.
— Gambar AFP TENTERA Pakistan menutup jalan menuju ke koloni Kristian selepas serangan oleh pengebom nekad di pinggir Peshawar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia