Utusan Borneo (Sabah)

Penggodam Romania ‘Guccifer’ dipenjara 4 tahun di AS

-

ALEXANDRIA: Seorang penggodam dari Romania yang dikenali dengan nama samaran atas talian “Guccifer” dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun empat bulan pada Isnin lepas kerana mengeluark­an e-mel peribadi, data perubatan dan maklumat kewangan daripada pegawai kanan politik, termasuk anggota keluarga Bush.

Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) James Cacheris menjatuhka­n hukuman terhadap Marcel Lehel Lazar, 44, di Alexandria, Virginia, hanya di luar ibu negara AS Washington.

Dia mengaku bersalah pada Mei selepas diekstradi­si dari Romania, di mana dia menjalani hukuman selama tujuh tahun bagi penggodama­n sebelum itu.

Lazar mengaku menggodam akaun e-mel calon presiden parti Demokratik Hillary Clinton, yang beliau sendiri dikecam kerana menggunaka­n pelayan e-mel peribadi semasa bertugas sebagai setiausaha negara.

Ketua FBI James Comey menafikan Lazar berjaya, namun dia sememangny­a mampu untuk menggodam e-mel penyokong Clinton, Sidney Blumenthal.

Secara keseluruha­nnya, Lazar mengaku mendapat akses tanpa kebenaran kepada e-mel peribadi dan akaun media sosial milik kira-kira 100 orang rakyat AS sejak sekurang-kurangnya Okto- ber 2012 hingga Januari 2014, termasuk seorang ahli keluarga kepada bekas presiden George W. Bush.

Dia telah menyekat gambar yang dihantar oleh Bush kepada adik perempuann­ya menunjukka­n beberapa hasil seni yang beliau telah lukis, termasuk sebuah potret beliau sendiri sedang mandi.

“Guccifer” ditangkap pada Januari 2014 di Romania, dengan kerjasama pihak berkuasa AS.

Di Romania, dia telah didapati bersalah kerana menggodam akaun e-mel milik beberapa orang pegawai awam, termasuk ketua agensi perisikan domestik. — AFP

 ??  ?? MARCEL Lazar Lehel, penggodam dari Romania yang dikenali dengan nama samaran atas talian ‘Guccifer’, diiringi oleh anggota polis di Bucharest setelah ditangkap di Arad, 550 kilometer ke barat Bucharest pada 22 Januari lalu. — Gambar Reuters
MARCEL Lazar Lehel, penggodam dari Romania yang dikenali dengan nama samaran atas talian ‘Guccifer’, diiringi oleh anggota polis di Bucharest setelah ditangkap di Arad, 550 kilometer ke barat Bucharest pada 22 Januari lalu. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia