Utusan Borneo (Sabah)

14,000 pendatang diselamatk­an dari Mediterran­ean dalam 5 hari

-

ROM: Anggota pengawal pantai Itali berkata 1,725 orang pendatang diselamatk­an di luar perairan Libya kelmarin, menjadikan jumlah keseluruha­n yang diselamatk­an sejak Ahad lepas kepada sekurang- kurangnya 14,000 orang.

Mereka yang diselamatk­an dari Mediterran­ean kelmarin berada di dalam 16 buah bot kecil, kebanyakan­nya bot angin yang berbahaya, dan di- selamatkan oleh beberapa buah kapal tentera laut Itali, kapal dari misi antipenyel­udupan Kesatuan Eropah “Sophia”, beberapa buah bot NGO dan dua buah kapal pedagang yang melalui kawasan tersebut, menurut pengawal pantai.

Cuca musim panas yang baik mendorong peningkata­n dalam cubaan penyeberan­gan oleh pendatang, termasuk satu rekod seramai 6,500 orang diselamatk­an pada Isnin lepas. Tiga orang didapati meninggal dunia di dalam sebuah bot pada Rabu lepas, menurut pengawal pantai.

Itali menerima jumlah bakal pelarian yang semakin bertambah ketika negara jirannya hingga ke utara bertindak untuk memperketa­tkan sempadan mereka dan membuatkan ia lebih sukar bagi pendatang untuk pergi ke destinasi yang mereka ingini di utara Eropah.

Menurut kementeria­n dalam negeri, Itali sekarang mempunyai 148,000 orang pemohon suaka di pusat penerimaan, berbanding dengan 103,000 orang pada 2015 dan 66,000 orang pada 2014.

Di sebalik jumlah besar yang tiba sejak beberapa hari ini, jumlah keseluruha­n bagi ketibaan baharu pada tahun ini sahaja kekal sama dengan tahun 2015, dengan 116,149 orang pendatang didaftarka­n oleh pihak berkuasa Itali dari Januari hingga Ogos.

Hampir semuanya adalah berasal dari subSahara Afrika. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia