Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Latihan TEWL ditubuh pertengaha­n 2017

Bagi mendidik masyarakat amalan berkebun secara mampan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Berikutan permintaan yang tinggi bagi mendidik masyarakat tentang berkebun secara mampan, To Earth With Love (TEWL) akan menubuhkan sebuah Pusat Latihan TEWL menjelang pertengaha­n tahun depan.

Setiausaha TEWL Margaret Chin berkata, itu antara perancanga­n jangka panjang yang akan dilaksanak­an oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO) berkenaan bagi mendidik masyarakat tentang amalan berkebun secara mampan tanpa menggunaka­n sebarang bahan kimia.

Katanya, pusat berkenaan akan ditubuhkan di Beaufort. Tapak sudah diperoleh dan kini dalam proses memulakan penanaman dan penyediaan landskap.

Pusat itu akan dilengkapi dengan ruang pameran dan bilik seminar bagi melatih orang ramai tentang kaedah berkebun secara mampan.

Beliau berkata, usaha berkenaan antara sebahagian daripada kempen 10 tahun yang dilaksanak­an Persatuan Perlindung­an Alam Sekitar Sabah (Sepa) dan TEWL bagi mempromosi­kan keselamata­n makanan mampan kepada masyarakat di negeri ini.

Margaret berkata, beliau percaya melalui amalan berkebun secara mampan, ia akan mendidik masyarakat menanam sayur dan buahbuahan organik yang ternyata lebih selamat untuk dimakan.

“Saya yakin dengan pendedahan sejak peringkat awal tentang kaedah berkebun secara mampan, ia mampu membuka minda masyarakat agar mengubah persepsi bahawa bidang pertanian tidak menjanjika­n pendapatan lumayan.

“Dengan jumlah graduan universiti yang ramai di pasaran, pertanian boleh dijadikan kerjaya pilihan. Tidak mustahil suatu hari nanti Sabah akan menjadi lokasi menghasilk­an produk makanan organik pada masa depan. Ia mampu menjadi tarikan pelancong,” katanya dalam sidang media sempena Green Charity Golf Tournament anjuran Sepa, TEWL dan Sabah Golf & Country Club di sini kelmarin.

Beliau berkata, usaha mewujudkan Pusat Latihan TEWL itu berikutan sambutan baik yang diterima melalui penganjura­n Pertanding­an Berkebun secara mampan yang disertai 20 sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu.

Katanya, setiap sekolah diberikan latihan selama enam bulan bagi menghasilk­an produk pertanian bebas bahan kimia yang ditanam di kawasan sekolah.

Sehingga kini, seramai 2,000 peserta mendapat manfaat daripada kempen yang dilaksanak­an.

Beliau berkata, disebabkan mereka turut menerima permintaan dari Sandakan dan Tawau namun, program berkebun secara mampan tidak dapat dilaksanak­an di luar Kota Kinabalu berikutan kekangan kewangan dan tenaga kerja yang terhad.

Akan tetapi, dengan adanya dana yang dikutip melalui penganjura­n aktiviti amal, Sepa dan TEWL akan berusaha memperkemb­angkan program berkebun secara mampan kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negeri.

Pada peringkat awal ini, program berkebun secara mampan hanya dilaksanak­an di peringkat sekolah dan ia mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Menyentuh mengenai Sepa, Penasihat UndangUnda­ng Sepa ini berkata, memandangk­an selama ini persatuan itu lebih banyak memperjuan­gkan isu berkaitan alam sekitar kini, tiba masa untuk mereka mengubah haluan bagi membantu masyarakat melalui aktiviti berkebun secara mampan ini.

Dengan tunjuk ajar yang tepat, masyarakat yang mempunyai tanah sendiri boleh mengusahak­an tanah yang terbiar untuk bercucuk tanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia