Utusan Borneo (Sabah)

Shell jadikan perjalanan balik kampung sempena raya sebagai satu keberkatan

-

KUALA LUMPUR: Shell telah mengumpul RM735,000 untuk kanakkanak kurang bernasib baik dalam kempen amal ‘ Balik Kampung’ barubaru ini. Kempen yang telah dianjurkan untuk dua tahun berturut-turut, juga menerima sumbangan tambahan daripada peruncit. Menerusi kempen ini, Shell menyumbang 1 sen (RM0.01) untuk setiap liter minyak yang dibeli di stesenstes­ennya di seluruh negara, dari 1 hingga 3 Julai 2016.

“Kami menghargai tindakan pemandu Malaysia yang telah menjadikan perjalanan mereka satu keberkatan bagi kanakkanak kurang bernasib baik. Mereka dapat membantu kanak- kanak ini dengan hanya mengisi tangki minyak kenderaan,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Shell Timur Sdn. Bhd.

Dana yang dikumpul menerusi sokongan daripada pelanggan, pengedar dan peruncit Shell dari kempen ini akan disalurkan kepada enam pertubuhan amal yang terpilih. Dua pertubuhan yang menerima sumbangan dari kempen ini memberi tumpuan kepada kanakkanak kurang bernasib baik dan mereka bercadang untuk menggunaka­n dana ini untuk program pembanguna­n seperti kem kepimpinan, kelas komputer dan kelas memasak.

Empat lagi pertubuhan akan memberi tumpuan untuk membantu kanakkanak yang mengalami masalah pembelajar­an dan menggunaka­n dana masingmasi­ng untuk menyokong program yang menambah baik kemahiran komunikasi dan stimulasi deria seperti terapi muzik, kelas seni lukis, dan juga latihan kemahiran deria dan motor.

Datuk Azman turut berkata, “Pada tahun ini Shell merayakan ulang tahun yang ke- 125 di Malaysia dan kami mahu melakukan sesuatu yang istimewa untuk memperinga­ti ulang tahun ini. Kami ingin menyumbang kembali dan mendorong masyarakat ke arah masa depan yang lebih baik, dan satu daripada golongan yang memerlukan perhatian segera adalah kanak-kanak dengan keperluan khas. Kami ingin membantu golongan masyarakat ini dengan meningkatk­an program sokongan yang sedia ada untuk kanak-kanak ini.

Kempen amal Shell pada tahun lepas telah menyumbang kepada kejayaan salah seorang daripada penerima sumbangan. Kisah beliau telah menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai.

Dana daripada Shell telah membolehka­n Zulkifli Mohammad, seorang murid kurang upaya di salah sebuah rumah kebajikan, mengikuti latihan renang yang akhirnya melayakkan kanak- kanak itu terpilih untuk mewakili negerinya ke SUKMA 2016 baru-baru ini.

“Saya tidak mengetahui bakat diri, sehingga saya diberi peluang untuk mengikuti latihan renang yang membantu mencungkil bakat terpendam. Berenang boleh dijadikan kerjaya saya pada masa depan, dan memberi peluang untuk melangkah maju dalam hidup kelak,” kata Zulkifli Mohammad.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.shell. com.my/125csr

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia