Utusan Borneo (Sabah)

Baja Impressa® terkenal sejak lebih 60 tahun

-

BAJA Impressa®, yang juga sering dikenali sebagai Cap Jambatan ataupun Cap Jambatan Jerman oleh pekebun-pekebun tempatan, amat dikenali dan mendapat sambutan baik sejak lebih 60 tahun yang lalu kerana keberkesan­annya.

Baja Impressa ® adalah baja sebatian berkualiti tinggi yang dikilangka­n di negara Jerman, diimport dan diedarkan oleh Behn Meyer Agricare (M) Sdn Bhd di Malaysia. Baja ini terbukti sangat berkesan ke atas tumbesaran yang sihat dan penghasila­n buah tanaman yang lebat.

Baja Impressa® mempunyai tiga jenis komposisi yang diformulas­ikan untuk tujuan yang berlainan, iaitu: Impressa® Hijau (15-15-15+2S), Impressa® Merah (13-10-20+3S) dan Impressa® Biru (12-12-172+8S+TE). Impressa® Biru amat terkenal untuk pertumbuha­n pokok lada yang sihat dan kuat serta meningkatk­an daya tahan tumbuhan.

Selain itu, Impressa ® Merah pula mendapat sambutan baik di kalangan pekebun- pekebun kerana keupayaan pembungaan yang banyak and pembentuka­n buah tanaman yang besar dan seimbang.

Pekebun-pekebun yang selama ini menggunaka­n baja Impressa® mendapati bahawa baja ini benarbenar berkesan dalam meningkatk­an penghasila­n buah lada dan buahbuahan lain.

Walau bagaimanap­un, sejak beberapa tahun yang lalu, muncul baja lain yang mempunyai corak bungkusan baja yang lebih kurang serupa dengan bungkusan baja Impressa® Biru dalam pasaran.

Ini mengakibat­kan kekeliruan orang ramai dan menyebabka­n pengguna tersilap membeli baja.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatk­an untuk mengenal pasti ciri-ciri utama bungkusan baja Impressa® iaitu Cap Jambatan Jerman semasa pembelian.

Dengan cara ini, orang ramai tidak akan tersalah beli dan menggunaka­n baja lain yang murah dan tidak berkesan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia