Utusan Borneo (Sabah)

MARDI tetapkan standard untuk madu kelulut Jun depan

-

SERDANG: Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan membangunk­an Standard Malaysia untuk produk madu kelulut yang akan dipasarkan sebagai ‘Super Food’ di peringkat antarabang­sa tahun depan.

Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Sharif Haron berkata standard berkenaan dijangka siap Jun depan untuk membolehka­n produk madu kelulut Malaysia dipromosik­an sebagai produk ‘ homogenous’ dan menjadi makanan premium.

Beliau berkata stardard yang dibangunka­n Malaysia akan mempunyai lebih banyak perimeter berbanding standard yang ditetapkan Tanzania, iaitu negara yang mempunyai standard produk madu kelulut setakat ini.

“Standard madu kelulut Malaysia akan meliputi peratus kandungan air dalammadu, kandungan gula, asid fenolik, tahap antioksida dan enzim,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini kelmarin.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek baru- baru ini berkata madu kelulut akan dijenamaka­n sebagai ‘Super Food’ pertama Malaysia di peringkat antarabang­sa pada tahun hadapan.

Ini berdasarka­n pelbagai khasiatnya terutamany­a empat kali ganda antioksida berbanding madu lebah lain.

‘ Super Food’ merujuk kepada istilah dan alat pemasaran untuk jenis-jenis makanan yang mengandung­i khasiat nutrien yang tinggi yang memberi faedah kepada kesihatan manusia selain mempunyai sifat antioksida.

Menurut Sharif, pada masa ini terdapat antara 700 hingga 1,000 usahawan madu kelulut di seluruh negara dan ada antara mereka yang menjual madu kelulut serta sarang serangga itu.

Dari segi koloni pula, terdapat 60,000 koloni di seluruh Malaysia dansebahag­ian besar daripada usahawan madu kelulut ini merupakan usahawan muda, katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia