Utusan Borneo (Sabah)

AELB perbaharui lesen peringkat operasi penuh bagi loji Lynas

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) memperbaha­ru Lesen Peringkat Operasi Penuh (FOSL) kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) bagi tempoh tiga tahun sehingga September 2019.

Dalam kenyataan Lynas Corporatio­n Ltd, pembaharua­n lesen itu disusuli kajian ketat yang dilaksanak­an AELB dan badan kawal selia bebas lain di Malaysia.

Pihak berkenaan memutuskan LAMP, terletak di Gebeng, Kuantan, mematuhi peraturan berkaitan.

“Kami gembira lesen kami telah diperbahar­u sekaligus menunjukka­n operasi LAMP selama empat tahun ini adalah selamat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Amanda Lacaze.

Beliau berkata Lynas mempunyai data operasi selama empat tahun yang menunjukka­n tiada peningkata­n paras radiasi pada jarak satu kilometer (km), 10km atau 20km dari loji tersebut.

“Tiada kesan buruk ke atas penempatan berhampira­n Kuantan atau perkampung­an sekitarnya manakala semua buangan air dinilai selamat pada setiap masa untuk masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata paling penting, Lynas terus menyediaka­n bacaan operasi masa sebenar dalam talian secara langsung kepada pihak berkuasa berkenaan, yang turut boleh diakses oleh orang awam melalui laman web AELB dan Jabatan Alam Sekitar.

“Kami mempunyai bukti jelas dan pensijilan dari badan bebas bahawa operasi serta pengeluara­n kami adalah selamat.

“Lynas komited untuk terus menjadi penyumbang bernilai kepada masyarakat setempat Kuantan serta amnya Malaysia. Pembaharua­n FOSL bagi tempoh tiga tahun

lagi adalah asas penting kepada komitmen kami,” kata Lacaze.

Dalam laporan berita pada Julai, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dakwaan berlakunya pencemaran dan penduduk menghidapi kanser oleh penunjuk perasaan anti-Lynas adalah tidak munasabah memandangk­an loji Lynas di Gebeng, Kuantan telah beroperasi selama tiga tahun tanpa sebarang masalah.

LAMP merupakan antara loji pengasinga­n nadir bumi terbesar dan termoden di dunia.

Ia direka untuk memproses nadir bumi yang dilombong di Mt Weld dari Australia dan mengeluark­an produk Oksida Nadir Bumi (REO) sebelum dijual kepada pelanggan di pelbagai lokasi, termasuk Jepun, Eropah, China dan Amerika Utara.

Loji itu mula beroperasi pada akhir 2012. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia