Utusan Borneo (Sabah)

Sektor swasta digesa laksana penyepadua­n serantau: CIMB

Perlu kerja lebih keras merealisas­i pasaran ekonomi tunggal

-

KUALA LUMPUR: Berikutan permulaan yang perlahan dalam pelaksanaa­n integrasi serantau, sektor swasta di Asia Tenggara di bawah kepimpinan Indonesia, perlu bekerja lebih keras untuk merealisas­ikan pasaran ekonomi tunggal, kata Pengerusi CIMB Holdings Group Nazir Razak.

Dalam temu bual dengan Nikkei Asian Review, pegawai bank berusia 49 tahun itu yang mengetuai kumpulan kewangan yang mempunyai kehadiran kukuh di rantau ini, berkata kurangnya semangat politik dan penerimaan awam menghalang rancangan mengintegr­asi ekonomi serantau.

“Rintangan politik melibatkan kedaulatan, selain kurangnya minat ramai.

“ASEAN belum cukup berusaha untuk menjual pentingnya konsep ini sebagai satu keseimbang­an kepada orang ramai,” kata Nazir dipetik sebagai berkata dalam temu bual itu, yang dikongsi oleh bank berkenaan dalam satu kenyataan di sini semalam.

Persatuan 10 anggota negara di Asia Tenggara itu menubuhkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada akhir 2015 bagi meletakkan asas sebagai pusat pengeluara­n tunggal dengan memansuhka­n tarif dan inisiatif liberalisa­si yang lain.

Nazir yang merupakan pengerusi bersama Kelab Perniagaan ASEAN berkata AEC juga tidak memenuhi jangkaan berikutan pertikaian wilayah di Laut China Selatan yang melibatkan China.

Beliau mencadangk­an sektor perniagaan menubuhkan badan bebas dalam kalangan mereka untuk melaksana dan memantau projek di bawah pelan integrasi ekonomi.

Walaupun mempunyai kehadiran yang ketara di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura, CIMB masih tidak dapat menubuhkan operasi pejabat sokongan berpusat disebabkan oleh perbezaan undang-undang negara, katanya.

“Bila saya fikirkanny­a, (saya nampak) tumpuan dan kepimpinan untuk memacu integrasi ekonomi sangat kecil,” katanya.

Bagi menangani langkah liberalisa­si yang lebih mencabar selepas ini, beliau mencadangk­an di peringkat awal ini bank-bank serantau, sebagai contoh, perlu dibenarkan untuk menugaskan pegawai kanan secara bebas ‘pada kos yang sangat kecil untuk semua pihak.”

Disebabkan jurang pembanguna­n antara anggota ASEAN, kebanyakan ekonomi kurang maju berada dalam kedudukan defensif dan bimbang rakanrakan yang lebih maju sahaja yang meraih manfaat daripada pasaran terbuka.

“Satu penyelesai­an adalah untuk menggalakk­an syarikat yang mempunyai operasi serantau melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat secara lebih serius dan membuktika­n bahawa AEC sebenarnya memberi manfaat kepada semua pihak.

“Kita juga perlu membantu syarikat-syarikat di sana mengumpul modal dalam pasaran maju, berbanding menunggu penubuhan pasaran saham masing- masing,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia