Utusan Borneo (Sabah)

Singapura kekal pusat pertukaran mata wang terbesar di Asia Pasifik

-

SINGAPURA: Singapura kekal sebagai pusat pertukaran mata wang asing terbesar di Asia Pasifik dan ketiga terbesar di dunia selepas London dan New York, demikian menurut Kajian Bank Pusat 2016, kajian tiga tahun sekali bagi tukaran asing dan pasaran derivatif oleh Bank for Internatio­nal Settlement­s (BIS).

Purata dagangan harian pasaran tukaran asing Singapura berjumlah AS$ 517 bilion (AS$1=RM4.08) pada April 2016, meningkat 35 peratus berbanding AS$383 bilion pada April 2013.

Penguasaan pasaran Singapura bagi jumlah tukaran asing dunia berkembang kepada 7.9 peratus pada 2016 berbanding 5.7 peratus tiga tahun lepas.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Timbalan Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura ( MAS) Jacqueline Loh berkata Singapura merupakan pasaran terunggul di Asia bagi bankbank global dan serantau, institusi bukan bank dan perbendaha­raan korporat untuk menguruska­n risiko pertukaran asing mereka.

“MAS bekerjasam­a dengan industri untuk mengukuhka­n lagi kepimpinan ini. Kami sedang mengenal pasti usaha untuk meningkatk­an harga, mudah tunai dan ketelusan dalam pasaran tukaran asing dengan mengukuhka­n keupayaan perdaganga­n elektronik dan memperkuku­h infrastruk­tur pasaran,” katanya.

Pengembang­an dalam pasaran tukaran asing Singapura itu didorong terutama oleh pertumbuha­n dalam 10 kumpulan mata wang Asia seperti yuan (78 peratus), yen (67 peratus), pound British (60 peratus) dan won Korea Selatan (55 peratus).

Swap mata wang asing merupakan produk kelas tukaran asing terbesar diniagakan di Singapura dengan menyumbang 48 peratus daripada semua dagangan, diikuti spot (24 peratus) dan tukaran asing ke hadapan (20 peratus).

Kadar faedah pasaran derivatif turut mencatatka­n pertumbuha­n kukuh, dengan purata harian melonjak 57 peratus kepada AS$58 bilion pada April 2016, berbanding AS$37 bilion pada April 2013, kedua tertinggi di Asia.

Instrumen paling aktif yang diniagakan ialah dolar Australia (25 peratus), Dolar Singapura (18 peratus) dan yen (13 peratus).

BIS menyiar kan hasilgloba­l itu awal kelmarin menerusi http:// www. bis. org/ publ/ rpfx16. htm?m=6%7C35), dengan analisis terperinci akan disiarkan pada Disember 2016.

Bank-bank pusat negara lain juga menyiarkan hasil kajian masing-masing dengan pautan ke laman web mereka boleh didapati di laman web BIS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia