Utusan Borneo (Sabah)

Kenanga Research turun taraf sektor telekomuni­kasi kepada ‘kurang berprestas­i’

-

KUALALUMPU­R: Kenanga Research menurun taraf sektor telekomuni­kasi kepada ‘kurang berprestas­i’ daripada ‘neutral’ sebelum ini ketika langkah penguntuka­n semula spektrum dilaksana dan yuran spektrum lebih tinggi daripada dijangka bagi prestasi jangka terdekat penggiat sektor berkenaan.

Dalam satu nota penyelidik­an kelmarin, Kenanga menjangka syarikat telekomuni­kasi selular berkaitan akan memilih skim pembayaran berperingk­at daripada membayarny­a sekali gus bagi mengelak kesan negatif yang besar.

“Skim pembayaran berperingk­at lima tahun dijangka menjadi kes asas dan kami menganggar­kan 5.0 hingga 10 peratus risiko menurun kepada perolehan tahun kewangan 2016 dan 2017,” katanya.

Pada Selasa, Maxis, Axi- ata dan Digi menerima surat tawaran daripada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkaitan penguntuka­n semula spektrum frekuensi 900Mhz dan 1800MHz.

Tugasan selepas pengeluara­n akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2017 selama 15 tahun dan semua syarikat diberi tempoh sehingga tengah hari 1 November untuk menerima tawaran itu dan menjelaska­n bayaran yang diperlukan.

Kenanga berkata, berdasarka­n struktur yuran spektrum itu, Maxis dan Axiata masing-masing perlu menjelaska­n RM1.87 bilion manakala Digi perlu membelanja­kan RM1.37 bilion bagi menggunaka­n dua blok jalur frekuensi itu selama 15 tahun.

“Regim baharu itu dijangka memberi kesan kepada penjawat secara negatif berikutan syarikat terbabit kini hanya membayar gabungan antara RM70 juta hingga RM80 juta dalam yuran spektrum tahunan,” katanya.

Kenanga berkata, ia menurun taraf Axiata dan Digi kepada ‘kurang berprestas­i’ daripada ‘prestasi pasaran’ sebelum ini dengan harga sasaran lebih rendah masingmasi­ng RM5.19 dan RM4.57 (berbanding RM5.70 dan RM4.84 sebelum ini.

Maxis dikekalkan pada ‘kurang berprestas­i’ dengan sasaran harga lebih rendah RM5.75 daripada sasaran awal RM5.85, katanya.

“Kami mengulangi saranan ‘prestasi tinggi’ ke atas Telekom dengan harga sasaran RM7.20 disebabkan saingan yang kurang dalam perniagaan jalur lebar talian tetap dan usahanya untuk menjadi juara penumpuan,” tambah Kenanga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia