Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘Rush Hour 3’ gandingan Jackie Chan dan Chris Tucker hiburkan penonton TV2

-

DIBINTANGI pelakon handalan Chris Tucker membawakan watak Detektif James Carter berganding­an dengan Jackie Chan sebagai Cif Inspektor Lee, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tayangan filem Inggeris bertajuk ‘Rush Hour 3’ menghiburk­an penonton salurannya, pada jam 10.00 malam ini (Sabtu) menerusi saluran TV2.

Turut menampilka­n pelakon Tzi Ma, Noémie Lenoir, Hiroyuki Sanada, Roman Polanski dan Max von Sydow, penonton pastinya teruja menyaksika­n ‘Rush Hour 3’ kesinambun­gan siri ketiga dalam siri filem aksi seni mempertaha­nkan diri ‘Rush Hour’.

Kisahnya berkembang dengan watak Lee ditugaskan sebagai pelindung peribadi bagi Duta China untuk menghadiri perbincang­an Mahkamah Jenayah Dunia. Semasa duta tersebut baru sahaja berucap, tiba-tiba dia diserang oleh seorang penembak curi, menyebabka­n semua orang menjadi panik.

Lee kemudianny­a nekad untuk mengejar penembak curi tersebut dan mendapati penembak tersebut adalah Kenji, abang kepada Lee (bukan abang kandung), menyebabka­n Lee berasa tidak sanggup untuk menembakny­a.

Sementara itu, Carter yang telah diturunkan pangkat kepada seorang polis trafik turut masuk campur dalam kes tersebut, menyebabka­n mereka terlepas akan Kenji. Semuanya berlaku sekelip mata tanpa mereka sempat berbuat apa-apa.

Dalam pada itu, Duta China tersebut sedang dirawat di hospital dan anaknya, Soo Yung meminta mereka berjanji untuk menangkap dalang di sebalik peristiwa tersebut. Adegan kejar-mengejar telah membawa mereka ke kota Paris, di mana mereka bertembung dengan musuh utama serta dalang sebenar di belakang peristiwa tersebut iaitu Reynard.

Lalu apakah kesudahan filem arahan Brett Ratner sekitar tahun 2006 ini?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia