Utusan Borneo (Sabah)

Encik Mimpi hiburkan peminat Jajahan Gegar di Kelantan

-

LOKASI Jajahan Gegar di Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan) telah pun selesai! Pada minggu lalu, bermula Jumaat (25 Ogos) sehingga Ahad (27 Ogos), siri Jajahan Gegar menyambung pengembara­an mereka di Kelantan.

Jika sebelum ini Nana Sheme menyertai Jajahan Gegar di Terengganu, kali ini seorang penyanyi yang sentiasa bertopeng putih dan menjadi kegilaan anak gadis iaitu Encik Mimpi turut menyertai siri Jajahan Gegar di Kelantan dengan membuat persembaha­n yang hebat diiringi kumpulan busking CP Busker.

Kelihatan orang ramai juga memenuhi lokasi jajahan untuk meyaksikan persembaha­n artis undangan dan penyampai radio THR Gegar yang turut membuat persembaha­n. Shah dan Zura tidak ketinggala­n untuk menyampaik­an beberapa buah lagu diiringi buskers tempatan.

Misi Jajahan Gegar ini adalah untuk mendekatka­n lagi jiwa keluarga THR Gegar bersama peminat di Terengganu sambil berhibur bersama penyampai yang ada dan artis undangan. Pendengar setia THR Gegar sekeluarga telah memenuhi setiap lokasi jajahan.

Paling lucu, apabila penyampai Ceria Pagi Gegar, Shah membuat lawak jenaka yang sungguh mencuit hati penonton. Pada masa yang sama, Encik Mimpi yang merupakan artis undangan untuk siri jelajah tersebut mempelajar­i beberapa perkataan dalam bahasa Kelantan yang diajar oleh penonton.

Pada minggu ini pula bermula semalam (Jumaat) sehingga Ahad ini, siri Jajahan Gegar diteruskan ke Kuantan. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan dan para peminat juga berpeluang memenangi cenderahat­i THR Gegar seperti T-Shirt eksklusif Jajahan Gegar dan macam macam lagi.

Artis undangan yang dijemput khas untuk menghiburk­an peminat pada kali ini adalah artis yang cukup popular di laman sosial iaitu Khai Bahar.

Sertai Jajahan Gegar yang dibawakan oleh Deeja Cosmetic di lokasi dan tarikh yang ditetapkan untuk menyaksika­n penyampai Ceria Pagi Shah dan Zura berkolabar­asi dengan artis jemputan selain busking di gerai yang terpilih.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia