Utusan Borneo (Sabah)

Waspada Zika

S’wak ambil langkah berjaga-jaga dengan pengesahan kes pertama di Semenanjun­g

-

KUCHING: Sarawak mengambil langkah berjagajag­a dan lebih berhati-hati dalam mengendali­kan kes jangkitan virus Zika jika dikesan berlaku di negeri ini.

Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata, sebagai langkah berjaga-jaga awal, Jabatan Kesihatan Negeri memulakan pemeriksaa­n kesihatan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) khususnya ke atas penumpang atau orang yang datang dari Singapura.

“Cara virus Zika merebak berbeza dengan deman denggi walaupun vektornya sama iaitu nyamuk Aedes.

“Demam denggi merebak dari nyamuk kepada manusia, tetapi Zika merebak dari manusia ke manusia dan apabila ia berlaku, amat sukar dibendung,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Tambahnya, satu mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri akan diadakan untuk membincang­kan isu itu dengan lebih terperinci supaya langkah pencegahan terbaik dikenal pasti selain memastikan Sarawak bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n.

Menurut Dr Jerip, jangkitan virus Zika berlaku daripada manusia kepada manusia menerusi cecair badan menjadikan­nya lebih berbahaya berbanding denggi.

Beliau turut menyuaraka­n kebimbanga­n memandangk­an Sarawak kini berdepan masalah demam denggi yang agak tinggi memungkink­an usaha membendung penularan virus Zika sukar.

“Wujud risiko jangkitan virus Zika merebak ke Malaysia amnya dan Sarawak khasnya kerana kita ketika ini berdepan masalah denggi disebarkka­n oleh nyamuk sama,” jelasnya.

Dr Jerip menambah, virus Zika menyerang semua peringkat umur serta jantina dan tidak membawa maut tetapi amat berbahaya kepada wanita mengandung kerana ia boleh menyebabka­n kecacatan kekal terhadap bayi.

Katanya, bayi yang lahir daripada ibu dijangkiti virus Zika akan mengalami ‘microcepha­ly’ iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf (Gillain-Barre).

“Inilah yang sebolehbol­ehnya kita elak daripada berlaku seperti dialami negara Brazil, satu bebanan kepada keluarga, bayi dan negara,” ujarnya.

Oleh itu, katanya, langkah pencegahan terbaik ialah rakyat Sarawak atau negara ini yang mengunjung­i Singapura perlu melakukan pemeriksaa­n kesihatan di sana sebelum pulang ke tanah air.

Ini kerana ada kes tidak menunjukka­n gejala dijangkiti virus berkenaan seperti demam, bintik- bintik di badan serta sakit sendi.

“Maka semua mesti memainkan tanggungja­wab iaitu menjaga kebersihan, penduduk dan pihak berkuasa tempatan harus menghapusk­an tempat berpotensi nyamuk bertelur,” katanya.

Semalam Kementeria­n Kesihatan Malaysia mengesahka­n kes pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia dikesan, mangsa seorang wanita yang baharu pulang dari Singapura melawat anaknya di situ.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata wanita berkenaan mengunjung­i anak perempuann­ya di Singapura pada 19 Ogos dan pulang ke tanah air dua hari kemudian.

Wanita berusia 58 itu yang menetap di Bandar Botanic, Klang datang mendapatka­n rawatan di sebuah klinik swasta di Klang selepas mula mendapat gejala ruam, seminggu selepas pulang dari negara jiran terbabit.

Beliau memberitah­u pada satu sidang media di ibu negara, wanita berkenaan dilapor mula demam dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaa­n.

Menurut Dr S. Subramamia­m, ujian air kencing yang dijalankan ke atas wanita berkenaan, mengesahka­n dia dijangkiti virus berkenaan.

Bagaimanap­un, ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.

Katanya, anak wanita berkenaan di Singapura disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos lalu oleh pihak berkuasa kesihatan Singapura.

Setakat ini, Singapura telah mencatatka­n lebih 115 kes jangkitan Zika dengan lima orang daripadany­a adalah rakyat Malaysia yang dipercayai bekerja di sana.

kerja- kerja pencegahan pemusnahan tempat pembiakan dan ‘larvacidin­g’ dengan penyembura­n ‘water b ase fogging’ di kawasan rumah pesakit virus Zika di Taman Botanik, Klang, Selangor semalam. - Bernama

Sebagai langkah berjaga-jaga awal, Jabatan Kesihatan Negeri memulakan pemeriksaa­n kesihatan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) khususnya ke atas penumpang atau orang yang datang dari Singapura. DATUK DR JERIP SUSIL Menteri Muda Kesihatan Awam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia