Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Auto Bintulu 2016 promosi industri automotif

-

BINTULU: Bintulu Auto Club (BAC) akan menganjur Karnival Auto Bintulu 2016 pada 2 hingga 4 September ini di Dewan Suarah Bintulu dalam usaha meningkat dan mempromosi­kan industri automotif tempatan dan antara wilayah serta bandar Bintulu.

Presiden BAC Andy Wong berkata, melalui penganjura­n karnival itu, pihaknya berharap dapat mengukuhka­n hubungan antara pihak berkuasa berkaitan dengan industri automotif.

Katanya mengumpul dan menghimpun­kan peminat automotif setempat merupakan antara pendekatan untuk mengurangk­an aktiviti haram sekali gus menggalakk­an penglibata­n ahlinya dalam aktiviti permotoran lebih selamat.

“Penganjura­n karnival ini juga bertepatan dengan `Bintulu Trade Fair’ yang diadakan di venue yang sama dan akan menarik lebih ramai pengunjung ke tempat tersebut,” ujarnya pada sidang media di sini malam Rabu.

Beliau berkata, aktiviti diadakan akan menumpu kepada pameran kenderaan melibatkan kereta sports, pacuan empat roda dan sebagainya di samping konvoi akan diadakan di laluan Jalan Tun Ahmad Zaidi.

Selain itu, industri dan premis perniagaan automotif yang akan menyertai karnival itu terdiri daripada Honda, Isuzu, Proton, Perodua, Chevrolet, Tyre Save, Ceramic Pro, Lian Hung Machinery, Johnny Car Accesories, Regal Properties, Fojohn Car Accesories dan Ecu Shop.

Katanya karnival itu dijangka dirasmi Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing serta dihadiri kenamaan antaranya Datuk Dr Wong Aik Loung dan ketua-ketua jabatan kerajaan di sini.

Dalam pada itu, katanya, BAC ditubuh pada 24 Jun 2016 oleh lapan ahli pengasasny­a yang mempunyai minat sama dalam aktiviti permotoran bagi tujuan mempromosi kelab automotif di sini.

“Melalui penubuhan BAC, kami berharap dapat mengumpul lebih ramai ahli yang mempunyai minat sama dalam aktiviti automotif dalam pelbagai kategori di bawah satu kelab sekali gus membantu meningkatk­an ekonomi penduduk setempat,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia