Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an golf amal anjuran Sepa & TEWL sasar kutipan dana RM 20,000

-

KOTA KINABALU: Ke arah memastikan usaha mendidik masyarakat mendekatka­n diri dengan berkebun secara mampan dapat diperluask­an pada masa akan datang, Persatuan Perlindung­an Alam Sekitar Sabah (Sepa) dan ‘To Earth With Love’ ( TEWL) mengambil inisiatif menganjurk­an ‘Green Charity Golf Tournament’.

Pengerusi Penganjur Julia Hwong berkata, usaha berkenaan dilakukan bagi mendapatka­n lebih banyak dana untuk meneruskan program berkebun secara mampan ( sustainabl­e gardening).

Dengan kewangan yang terhad, program berkebun secara mampan yang kini memasuki tahun ketiga hanya dapat dilaksanak­an di sekolah-sekolah menengah sekitar pusat banda- raya, Penampang dan Putatan.

Atas sebab itu, Sepa bersama TEWL dengan kerjasama Sabah Golf & Country Club (SGCC) menganjurk­an pertanding­an amal ini bagi mendapatka­n dana tambahan untuk memperluas­kan penganjura­n program berkenaan.

Pertanding­an amal yang akan berlangsun­g pada 15 Oktober itu dijangka mampu menarik seramai 120 orang peserta. Yuran penyertaan setiap seorang adalah RM 250 untuk ahli SGCC dan RM 300 bagi bukan ahli.

Katanya, mereka mensasarka­n kutipan sebanyak RM 20,000 melalui pertanding­an berkenaan.

Setiausaha Sepa dan Bendahari TEWL ini berkata, sejak penyertaan dibuka, seramai 60 orang sudah mengesahka­n penyertaan dan tinggal 60 kekosongan lagi masih dibuka kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertanding­an ini.

Penasihat Undang-Undang Sepa merangkap Setiausaha TEWL Margaret Chin berkata, kerjasama yang terjalin selama lima tahun antara Sepa dan TEWL membuatkan kedua-dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ini mengambil langkah memperbany­akkan lagi aktiviti yang dapat memanfaatk­an masyarakat setempat.

Katanya, program amal bagi mengumpul dana ini dilakukan bagi memastikan hasrat mempromosi amalan berkebun secara mampan dapat diteruskan.

Pertanding­an Berkebun Mampan yang dilaksana dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan dilaksanak­an di peringkat sekolah ini berjaya menarik minat 20 buah sekolah menengah untuk mengambil bahagian.

“Dalam tempoh tiga tahun, kami sudah menghantar seramai 200 orang peserta bagi menjalani latihan melalui kumpulan pakar mengenai pekebun mampan di Thailand,” katanya ketika sidang media sempena Green Charity Golf Tournament.

Katanya, kempen selama 10 tahun dalam mempromosi pertanian mampan yang dianjurkan Sepa dan TEWL ini sudah memasuki fasa ketiga. Maka, usaha mendidik masyarakat perlu diperluask­an bukan sahaja di bandar malah di luar bandar.

Dalam pertanding­an amal itu, peserta juga layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah wang tunai seperti motosikal Harley Davidson dan TV LED 42 inci.

 ??  ?? (Kiri-kanan) JULIA, Margaret dan Exco Sepa Deric Chiew mempromosi­kan ‘Green Charity Golf Tournament’.
(Kiri-kanan) JULIA, Margaret dan Exco Sepa Deric Chiew mempromosi­kan ‘Green Charity Golf Tournament’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia