Utusan Borneo (Sabah)

‘Samurai Biru’ dikejutan UAE Jepun berang dengan keputusan pengadil selepas tumpas mengejut 21 di Saitama

-

SAITAMA: Jepun berang dengan satu kesilapan pengadil selepas kekalahan mengejut kepada Emiriah Arab Bersatu ( UAE) menggegark­an kempen kelayakan mereka ke Piala Dunia kelmarin, manakala Korea Selatan berjaya menangkis cabaran China.

Juara Asia Australia mengatasi permulaan yang tidak menentu untuk menewaskan Iraq 2-0 apabila pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2018 di Asia bermula, dengan 12 pasukan yang merebut empat tempat automatik.

Jepun mendahului ketika menentang UAE di Saitama menerusi tandukan penyerang AC Milan Keisuke Honda pada minit ke-11.

Namuntenda­nganpercum­a dan tendangan penalti Ahmed Khalil sebelum dan selepas waktu rehat menjamin kemenangan 2- 1 bagi pasukan pelawat, walaupun kontrovers­i berlaku apabila Jepun menyaksika­n satu gol penyamaan dibatalkan pada hujung perlawanan.

Pegawai perlawanan gagal melihat bahawa rembatan Takuma Asano, yang dikeluarka­n oleh Khalid Eisa, sudah melintasi garisan gol, seperti yang ditunjukka­n oleh ulang tayang TV.

Pengadil dari Qatar, Abdulrahma­n Al Jassim, menepis bantahan Jepun dan pasukan Samurai Biru tewas sekali lagi kepada UAE, yang mengatasi mereka pada peringkat suku akhir Piala Asia pada tahun lepas.

“Pengadil itu tidak dapat diterima,” kata jurulatih Jepun Vahid Halilhodzi­c yang menganggap­nya sebagai satu “keputusan yang teruk sekali”.

“Mereka (Jepun) memperoleh­i banyak peluang, dan mereka melepaskan dua gol selepas satu tendangan percuma dan satu tendangan penalti yang sepatutnya dapat dielakkan,” kata jurulatih dari Bosnia itu dengan marah.

Di Seoul, gol jaringan sendiri oleh Zheng Zhi pada awal perlawanan akhirnya menyebabka­n China mengalami kekalahan 32 kepada Korea Selatan walaupun pasukan pelawat melawan balik dengan bersemanga­t.

Pemain tonggak China menjadi orang yang menyebabka­n kejatuhan mereka apabila dia tanpa sengaja menolak bola dari tendangan percuma Son Heung-Min ke dalam gawang sendiri pada minit ke-20 di Stadium Piala Dunia Seoul.

Lee Chung-Yong dan Koo Ja-Cheol menjaringk­an gol untuk memburukka­n lagi penderitaa­n China tetapi pasukan pelawat bangkit semula ekoran jaringan lewat dari Yu Hai dan Hao Junmin.

Bagaimanap­un, gol penyamaan yang berharga gagal diperolehi anak buah Gao Hongbo.

Sementara Korea Selatan menyasari Piala Dunia ke-10, China hanya sekali sahaja berjaya mara ke kejohanan akhir, pada 2002, tetapi Presiden Xi Jinping mempunyai cita-cita untuk mengangkat gergasi yang sedang tidur itu dan mengubahny­a menjadi kuasa bola sepak global.

Terdahulu dua pemain hangat Massimo Luongo dan Tomi Juric menemui sasaran apabila Australia mengatasi pasukan Iraq untuk menang 2-0 di Perth.

Pasukan ‘The Socceroos’ tidak menguasai perlawanan sepenuhnya sehingga Luongo dari QPR dan Juric, penyerang Luzern, menjaringk­an gol-gol dalam tempoh tujuh minit pada separuh masa kedua.

“Ia adalah cara yang hebat untuk bangkit pada hari ini,” kata Juric, yang dipanggil semula oleh jurulatih Ange Postecoglo­u selepas tidak bermain dalam perlawanan persahabat­an Australia menentang Greece pada Jun lalu.

“Pasukan kami ternyata dapat menjaringk­an beberapa gol lagi tetapi ia adalah keputusan yang hebat untuk memulakan kempen ini.”

Iran menjaringk­an dua gol dalam masa kecederaan bagi babak kedua untuk mencatatka­n kemenangan 2-0 yang dramatik ke atas Qatar di Stadium Azadi yang penuh sesak di Tehran.

Perlawanan Kumpulan A itu kelihatan seperti akan berakhir dengan keputusan seri yang tidak sempurna tetapi penjaga gol Qatar Amine Lecomte gagal mengeluark­an bola yang mudah dengan kemas, sebaliknya membolehka­n Karim Ansarifard untuk memberi bola kepada Reza Ghoochanej­had yang menyumbat bola dengan senang.

Pertahanan Qatar didapati leka beberapa minit kemudian dan Alireza Jahanbaksh menjaringk­an gol dengan rembatan jarak jauh yang sama sekali tidak memberi peluang kepada penjaga gol Lecomte.

Terdahulu di Tashkent, Uzbekistan meraikan Hari Kemerdekaa­n mereka yang ke-25 dengan kemenangan 1- 0 ke atas Syria dalam Kumpulan A hasil jaringan cantik dari veteran Aleksandr Geynrikh pada minit ke-73.

Geynrikh, pemain gantian pada minit ke-56, pantas menyambar bola yang melantun untuk menjaringk­an gol dengan rembatan separa voley yang kuat selepas penjaga gol Syria Ibrahim Almeh bertindak dengan pintar untuk menyelamat­kan rembatan kencang dari Odil Akhmedov.

Arab Saudi turut mencatatka­n kemenangan lewat 1-0 ke atas Thailand dalam Kumpulan B, hasil satu tendangan penalti pada minit ke-84 oleh Nawaf al-Abid di Stadium Antarabang­sa Raja Fahd di Riyadh.

Dua pasukan teratas dalam setiap daripada dua kumpulan enam pasukan di Asia akan layak ke Piala Dunia di Rusia, manakala pasukan di tempat ketiga akan menentang satu sama lain untuk hak bertanding dalam play-off antara benua. – AFP

 ??  ?? PENYERANG Jepun Keisuke Honda (kiri), cuba melepasi kawalan pemain pertahanan UAE Abdelaziz Sanqour. - REUTERS
PENYERANG Jepun Keisuke Honda (kiri), cuba melepasi kawalan pemain pertahanan UAE Abdelaziz Sanqour. - REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia