Utusan Borneo (Sabah)

Esscom gempur penyeludup­an, kemasukan PTI

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU : Pasukan Keselamaat­an yang diterajui oleh Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah menahan 22 pendatang asing tanpa izin ( PTI) dan merampas 14 buah bot pam, 21.46 gram syabu dan pelbagai barang bersubsidi bernilai lebih RM 53,962.00 dalam pelbagai operasi yang dilaksanak­an dari 27 Ogos hingga semalam di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Komander Esscom DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata operasi berkenaan dilaksanak­an di perairan dan daratan daerah Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat yang disyaki menjadi laluan dan tumpuan kegiatan penyeludup­an serta kemasukan PTI secara haram ke negara ini khususnya di kawasan pantai timur Sabah.

“Esscom dengan kerjasama semua pasukan keselamata­n akan sentiasa memperketa­tkan kawalan keselamata­n di daerah-daerah yang telah dikenalpas­ti menjadi tumpuan dan laluan penjenayah rentas sempadan, penyeludup­an dan kemasukan PTI,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

“Kesemua 22 PTI yang berumur 59-11 tahun ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan dokumentas­i sebelum dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan dan Tawau, manakala barang-barang bersubsidi yang dirampas seperti minyal petrol, tong gas, minyak masak dan tepung gandum telah diserahkan kepada pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kepengguna­an (KPDNKK) untuk tindakan selanjutny­a.

“Kesemua mereka telah melakukan kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Imigresen 1959 Seksyen 6(1) (c), Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Wan Abdul Bari berkata kejayaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan melalui kerjasama semua pasukan keselamata­n yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) yang diterajui oleh Esscom.

“Kita akan memberi tumpuan di beberapa kawasan yang disyaki menjadi laluan dan tempat panas PTI dan penyeludup­an barang-barang terlarang dan bersubsidi di seluruh Esszone bagi memastikan kebanjiran warga asing dan barangbara­ng seludup terutamany­a daripada negara jiran dapat ditangani dengan berkesan sekaligus mengurangk­an kes jenayah di pantai timur Sabah,” katanya.

 ??  ?? WAN ABDUL BARI
WAN ABDUL BARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia