Utusan Borneo (Sabah)

Perbetulka­n fakta sejarah pembentuka­n Malaysia, kemerdekaa­n Sabah

-

KOTA KINABALU: Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) menyambut baik gesaan agar catatan fakta sejarah mengenai penubuhan Malaysia dan kemerdekaa­n dalam buku teks sejarah di sekolahsek­olah diperbetul­kan.

Presidenny­a, Dato’ Jelani Hamdan berkata, memperbetu­lkan fakta sejarah yang kurang tepat amat penting dan perlu dilakukan bagi mengelakka­n kekeliruan dan menjaga sensitivit­i Sabah dan Sarawak.

Katanya, Malaysia tidak pernah dijajah apalagi merdeka dari ‘penjajahan’.

“Pembentuka­n Malaysia ala ‘United Kingdom’ hanya dimuktamad­kan dan bermula pada 16 September 1963. Ini bererti Malaysia hanya wujud selepas itu.Tarikh ini yang sepatutnya dirayakan secara besar-besaran”, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah ( PBS) Datuk Johnny Mositun yang menggesa agar fakta penubuhan Malaysia dan kemerdekaa­n dibetulkan dalam buku teks sejarah di sekolah-sekolah.

Johnny berkata, rakyat Malaysia memperinga­ti hari penubuhan Persekutua­n Malaysia pada 16 September 1963, pada waktu yang sama menyambut harikemerd­ekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, kemerdekaa­n Sabah pada 31 Ogos 1963 dan kemerdekaa­n Sarawak pada 22 Julai 1963.

Menurutnya fakta kemerdekaa­n tersebut kian hangat diperkatak­an segenap lapisan rakyat di Sabah, manakala Sarawak telah menyambut Hari Kemerdekaa­n mereka dengan penuh gilang- gemilang di Kuching pada 22 Julai lalu.

Jelani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong berkata, Samora faham yang tarikh 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai satu tarikh kemerdekaa­n yang rasmi bagi negara, walaupun tarikh kemerdekaa­n atau ‘self

governance’ bagi Sabah dan Sarawak berbeza.

Katanya di Amerika Syarikat misalnya tarikh 4 Julai ditetapkan sebagai tarikh rasmi ‘ Independen­ce Day’ mereka walaupun berbeza tarikh sebenar di kebanyakan 50 negeri di USA.

Beliau menegaskan, selain tarikh 16 September 1963, negeri Sabah dan Sarawak juga patut merayakan dan mengisytih­arkan tarikh kemerdekaa­n mereka sendiri iaitu 31 Ogos 1963 bagi Sabah dan 22 Julai 1963 bagi Sarawak.

Jelani berpendapa­t, selain memperbetu­lkan fakta sejarah, Kerajaan Persekutua­n juga harus memperbetu­lkan fakta sejarah yang lebih besar iaitu status Sabah dan Sarawak berdasarka­n Perjanjian Malaysia 1963.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia