Utusan Borneo (Sabah)

Jawab soalan UPSR dengan teliti

-

LABUAN: Calon Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS) yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) yang bermula Isnin ini diminta supaya menjawab soalan dengan teliti.

Pengetua Cemerlang SMK Labuan Ismail Abdullah berkata, penelitian terhadap soalan dan jawapan dapat memberikan keyakinan kepada calon menduduki UPSR pada tahun ini.

Katanya, calon juga wajar menggunaka­n masa yang diperuntuk­kan dengan sebaiknya bagi memastikan mereka dapat menjawab soalan dengan sempurna dan mengikut arahan yang telah ditetapkan.

“Calon perlufokus­terhadap soalan dan memberikan jawapan yang terbaik. Jangan fikirkan perkara lain ketika menduduki UPSR,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ceramah pada Program Motivasi UPSR SKPS Paling Manang 2016 yang diadakan di dewan sekolah itu barubaru ini.

Turut hadir Guru Besar SK Pekan Satu Jaafar Haji Matusin.

Ismail berkata, calon perlu mengelakka­n pertengkar­an dengan rakan- rakan, perlakuan yang menyebabka­n guru dan ibu bapa marah serta gurauan yang melampau bagi mengelak gangguan emosi.

Beliau juga mahu calon mengelak pelbagai gambaran nagatif, jangan menyerah kalah sebelum berjuang, elak perasaan belum bersedia dan sentiasa berfikiran positif.

“Calon juga perlu menjaga kesihatan termasuk tidur yang mencukupi, menjaga pemakanan, melakukan riadah yang ringan sahaja dan menjaga keselamata­n sama ada di rumah mahupun di sekolah, “katanya.

Ismail turut menasihatk­an calon supaya tidak membincang­kan kertas soalan yang lalu sebaliknya memberikan tumpuan kepada kertas yang seterusnya.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbira­n, Shawal Abd Rahman dan guru-guru Tahun Enam.

 ??  ?? ISMAIL (baju kot) dan Jaafar bersama calon UPSR SK Pekan Satu yang akan menduduki UPSR 2016.
ISMAIL (baju kot) dan Jaafar bersama calon UPSR SK Pekan Satu yang akan menduduki UPSR 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia