Utusan Borneo (Sabah)

Perkhemaha­n Perdana SMK Jalan Apas 2016 sukses

-

TAWAU: Perkhemaha­n Perdana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Apas 2016 telah dilaksanak­an dengan jayanya pada 26-28 Ogos lalu.

Perkhemaha­n ini disertai seramai 691 orang pelajar dan guru penasihat daripada sembilan unit beruniform yang berdaftar di sekolah berkenaan.

Kerjasama semua pelajar, guru penasihat, para AJK dan sokongan kuat barisan pentadbir sekolah diketuai Fauziah Janau selaku pengetua menjadikan aktiviti berjaya dilaksanak­an dengan lancar dan menepati objektif yang telah ditentukan.

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraska­n Falsafah Pendidikan Kebangsaan, program perkhemaha­n ini dirancang untuk memenuhi keperluan melahirkan individu pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berupaya menyumbang kepada kesejahter­aan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Beberapa objektif yang digariskan meliputi latihan dan pendedahan pelajar kepada asas perkhemaha­n, interaksi yang positif , pelbagai kemahiran dan latihan lasak serta memberi peluang pelajar untuk mengembang­kan kreativiti mereka.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya aktiviti pecah bendungan, aktiviti berpengkal­an seperti orientarin­g, ikhtiar hidup, pertolonga­n cemas, simpulan/ ikatan, aktiviti rempuh halangan, sukan interaktif, ceramah daripada IPD dan ADK serta solo camp.

Setiap pelajar diberi ruang dan peluang untuk merasai dan terlibat dalam aktiviti yang dilaksanak­an.

Pameran turut diadakan dan para ibu bapa telah dijemput hadir untuk melihat pameran berkenaan.

Turut hadir ialah YDP PIBG Sabri Kadir dan timbalan PIBG Suhaimi, barisan ibu bapa dan para jurulatih daripada M17 Campsite and Recreation Club.

 ??  ??
 ??  ?? PARA peserta dan guru yang terlibat bergambar kenangan sempena program itu.
PARA peserta dan guru yang terlibat bergambar kenangan sempena program itu.
 ??  ?? ACARA penyampaia­n hadiah kepada peserta unit beruniform.
ACARA penyampaia­n hadiah kepada peserta unit beruniform.
 ??  ?? ANTARA aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemaha­n itu.
ANTARA aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemaha­n itu.
 ??  ?? ACARA Perbarisan unit beruniform yang terlibat.
ACARA Perbarisan unit beruniform yang terlibat.
 ??  ?? SUASANA perkhemaha­n.
SUASANA perkhemaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia