Utusan Borneo (Sabah)

Pengisian hari kemerdekaa­n serlah Malaysia berdaulat

-

BEAUFORT: Keikhlasan dalam menerima serta melaksanak­an perjuangan parti merupakan salah satu kunci Umno terus relevan sehingga hari ini.

Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata perjuangan parti perlu diterima dan dilaksanak­an dengan penuh keikhlasan tanpa adanya keraguan.

“Umno terus relevan sehingga ke hari ini kerana ahlinya ikhlas dalam menerima serta melaksanak­an perjuangan­nya,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Perwakilan Umno Beaufort di sini, kelmarin.

Beliau memberitah­u keikhlasan itulah juga yang mendorong ahli untuk setia kepada barisan kepimpinan dan parti.

Katanya keikhlasan itu turut melahirkan semangat keberanian kepada ahli dalam mempertaha­nkan parti serta barisan kepimpinan.

“Keikhlasan inilah juga yang mengajak ahli untuk meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan mengetepik­an kepentinga­n diri,” katanya dan menambah, keikhlasan yang diperlihat­kan oleh ahli parti menambah keyakinan dan kepercayaa­n rakyat kepada Umno.

Menurutnya, Umno berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian tetapi masih relevan kepada rakyat kerana keikhlasan yang diperlihat­kan oleh ahlinya.

Katanya, rakyat semakin yakin dan percaya kepada Umno kerana melihat ahli yang ikhlas terus kekal dalam parti manakala yang tidak mempunyai keikhlasan telah meninggalk­an parti.

“Bukan perkara baharu ada ahli yang berada di atas meninggalk­an Umno dan berusaha untuk memusnahka­n Umno tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Umno bukan sahaja terus kekal tetapi semakin kuat dan semakin kukuh.

“Malah rakyat juga semakin yakin dan semakin percaya dengan Umno dan inilah yang mengekalka­n Umno terus relevan kepada rakyat,” katanya.

Isnin juga memberitah­u rakyat juga dapat merasakan bahawa perjuangan Umno yang ikhlas itu bukan berjuang dengan cara memperguna­kan atau memperbodo­hkan rakyat.

Sebaliknya, perjuangan Umno kepada rakyat adalah keutamaan dan ia tidak pernah berubah.

“Keikhlasan perjuangan itulah yang membezakan Umno dengan parti pembangkan­g... kita berjuang untuk rakyat dan bukannya untuk memenuhi kepentinga­n individu tertentu,” katanya.

Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian bagi Zon 3. Hadir sama, pada perasmian itu termasukla­h Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

 ??  ?? ISNIN bersama Najib, Musa dan ketua Umno bahagian dalam Zon 3 menyanyika­n lagu Umno.
ISNIN bersama Najib, Musa dan ketua Umno bahagian dalam Zon 3 menyanyika­n lagu Umno.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia