Utusan Borneo (Sabah)

Cikgu Mahmud Jahar, guru yang sarat pengalaman

-

KETIKA mula berkhidmat sebagai guru, CIKGU MAHMUD JAHAR pernah ditugaskan di Lamag, sebuah daerah terpencil yang hanya boleh dihubungi dengan perjalanan selama tiga hari tiga malam mengikut kapal nelayan. Perjalanan yang sukar sehingga terpaksa bermalam di tengah perjalanan sematamata untuk memberikan akses pendidikan kepada pelajar-pelajar di kawasan luar bandar. Guru-guru sanggup berkorban apa saja, asalkan pelajar-pelajar mereka mendapat kejayaan cemerlang dalam hidupnya. Wartawan UTUSAN BORNEO,

ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN berpeluang bersembang sambil minum teh bersama beliau di salah sebuah restoran popular di Jalan Pantai Kota Kinabalu. Ikuti petikan wawancara mengenai pengalaman beliau ketika bertugas sebagai guru dan sedikit mengenai penglibata­n beliau dalam bidang penulisan.

UTUSAN BORNEO (UB): Boleh ceritakan sedikit latar belakang cikgu? MAHMUD JAHAR (MJ):

Saya lahir di Sungai Lipung Suan Lamba Sandakan pada 11 April 1950. Saya anak pertama dari 12 adik beradik. Kira-kira umur saya lima tahun, kami pindah di Kampung Air Sandakan, buat rumah di sana.

Saya bersekolah di GPS Melanta (sekarang jadi kawasan Taman Perumahan Melanta) pada tahun 1957.Selepas itu sekolah itu berpindah di SRK Karamuntin­g. Kami berjalan kaki saja, mengikuti laluan sedia ada. Tepinya bukit, kira kira setengah kilometer.

Waktu itu berapa orang yang ada basikal? Tidak ramai. Jadi kami berjalan kaki saja ke sekolah.Pelajar di GPS Melanta masa itu ada dari Bokara, dari Karamuntin­g, ada sedikit.

UB: Masa itu, bagaimana keadaan di Kampung Air? Mungkin sudah banyak rumah?

MJ: Keluarga kami adalah antara yang pertama berumah di Kampung Air. Ada beberapa buah rumah lain. Rumah Serang Kucing, Haji Wahab, Panglima Puyon di Bokara. Itu antara orang lama yang saya ingat. Rumah pun jauh-jauh.

UB: Ayah cikgu kerja apa?

MJ: Ayah saya, Jahar Taha kerja kayu balak. Masuk kem keluar kem. Kadang kerjanya mengupas kulit kayu. Kadang sebulan atau sekurang-kurangnya dua minggu baru balik rumah. Ibu saya Marupah Amir bekerja sebagai suri rumah.

UB: Selepas tamat sekolah di GPS Melanta, dimana cikgu melanjutka­n persekolah­an?

MJ: Dari GPS Melanta, saya bersekolah di Sung Siew selama dua tahun. Bersekolah dalam kelas peralihan bridge class. Kemudian selepas itu, saya bersekolah di SMK Sandakan tetapi saya berhenti kerana tidak mampu membayar biaya persekolah­an yang mahal berbanding pendapatan kami yang sedikit.

UB: Berapa yuran sekolah?

MJ: Yuran sekolah $25. Sewa kereta di Kampung Air $5.00 sebulan. Kami naik motokar kecil Bluebird milik Haji Karim Adui, meninggal sudah. Dia yang 'ada-ada’ itu masa. Kereta itu boleh muat lima atau enam orang. Namun kemudian saya berhenti.

UB: Kerja apa selepas berhenti sekolah?

MJ: Selepas berhenti sekolah tingkatan 1, saya menganggur. Tapi ikut kerja apa saja. Umur 14 tahun, saya masuk hutan. Ikut ikutan saja.Kerja kadang kadang kupas kulit kayu dan bermacam macam lagi. Tidak bergaji.Waktu berusia 16 tahun, saya dapat jadi guru pelatih di GPS Lamag. Tahun 1966.

UB: Bagaimana cikgu pergi ke Lamag? Berapa lama?

MJ: Dari Sandakan ke GPS Lamag, ikut kapal nelayan. Kapal kayu memakan masa tiga hari tiga malam. Tiga hari dalam perjalanan, malam terpaksa berhenti kerana takut terlanggar kayu balak. Malam pertama kami berhenti Sukau.

Esok harinya, seawal pagi jam 5.00, ketika air sungai boleh nampak, kami memulakan perjalanan hingga malam. Kemudian kami berhenti lagi di Batu Putih. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan lagi. Selepas perjalanan tiga hari tiga malam bersesak di kapal, barulah kami sampai di Lamag.

UB: Bagaimana keadaan Lamag pada pada masa itu?

MJ: Lamag masa itu adalah pusat pentadbira­n.Ada seorang pegawai daerah, ada polis. Antara DO di Lamag masa itu ialah Mendiang Datuk Dr James Ongkili, Datuk Pengiran Othman Rauf. Antara orang yang berasal dari Lamag ialah Kasim Sangi.

UB: Berapa tahun cikgu bertugas di Lamag?

MJ: Saya bertugas di sana dari tahun 1966 hingga 1968. Tahun 1968, tercatat banjir terbesar di Kinabatang­an. Ketika banjir melanda, rumah kelihatan hanya bahagian atap-atapnya saja. Itulah detik-detik orang mula- mula berpindah dari Lamag ke Bukit Garam.

UB: Selepas dari Lamag, Cikgu pindah kemana?

MJ: Saya memasuki Maktab Perguruan Kent Tuaran pada tahun 1969 hingga tahun 1971. Tiga tahun. Antara rakan saya masa itu Cikgu Sulaiman Siul dari Tuaran,Tarmin Sukirjan, Saili Bungkul, Haji Rahim Razali, senior kami, Hinarin Haji Antah.

ditempatka­n selepas keluar dari Kent?

MJ: Selepas mendapat sijil perguruan, saya ditempatka­n di SK Karakit Pulau Banggi. Bersama saya masa itu, Haji Omar Mualam sebagai guru besar, Haji Saik Besar dari Pulau Mantanani, Kami tidur sama sama, makan sama-sama. Saya lama tidak jumpa dia.

UB: Kemudian?

MJ: Pada Mac 1973, saya mendapat tawaran untuk bersekolah di Maktab Perguruan Bahasa selama satu tahun.

UB: Siapa rakan-rakan cikgu sewaktu belajar di Maktab Perguruan Bahasa?

MJ: Di Maktab Perguruan Bahasa, antara rakan saya ialah Mintoh Asai, Haji Mawah Haji Ismail, Ismail Tarandad, Dr Yasin Amit, Haji Ahmad Abdul.

UB: Dari Maktab Perguruan Bahasa, dimana cikgu ditugaskan selepas balik ke Sabah?

MJ: Selepas itu, pada tahun 1974-1979 saya ditukarkan ke SRK Jaya Bakti Beluran Sandakan. Antara cikgu masa itu Sulaiman Basar dari Membakut, Ismail Haji Hussin, Orang Kolapis. Kamilah yang mengajar masa itu.

UB: Lepas itu?

MJ: Pada Mei 1979, saya mendapat arahan untuk bertugas sebagai guru besar di SRK Karamuntin­g. Saya bertugas di sana hingga 1981.

UB: Kemudian?

MJ: Kemudian saya dilantik sebagai penyelia pertama di Telupid apabila Pejabat Pendidikan diwujudkan di daerah itu.

Di bawah saya terdapat kira-kira 22 sekolah rendah dan dua sekolah menengah di seluruh Telupid. Sebelum ini, sekolahsek­olah di Telupid di bawah pentadbira­n Pejabat Pendidikan Daerah Beluran.

UB: Lama di sana?

MJ: Kemudian pada tahun 1983, saya dilantik sebagai ahli Jemaah Nazir Sekolah Sandakan yang berpejabat di Sandakan. Bos kami pada masa itu ialah Mohd Sabar Awang Besar. Nazir-nazir pada masa itu ialah Haji Dindi Guliga, Deen Erwan Gunda, Minggu Maidin. Saya jadi jemaah nazir bermula 1983 hingga 1989.

UB: Ada pengalaman menarik?

MJ: Masa saya bertugas sebagai Nazir itu, ada satu peristiwa yang menarik dan tidak dapat saya lupakan. Pada satu ketika, bos kami masa itu, bukan lagi Cikgu Mohd Sabar tapi Cikgu Henry dari Pahang.

UB: Teruskan! Apa peristiwa menarik tu cikgu?

MJ: Kejadian berlaku pada 1986. Ada satu lawatan ke Ulu Sugut. Di Sugut ini, ada beberapa sekolah iaitu SK Terusan, SK Tampat, SK Sungai-Sungai. SK Lingkabau dan SK Abuan.

Untuk ke sana, kami terpaksa mengikut jalan air. Jadualnya satu hari satu sekolah. Ada satu sekolah namanya SK Abuan, jauh tempatnya. Masih di bawah pentadbira­n Sandakan tetapi boleh ke sana dengan menunggang motosikal kirakira dua jam dari Ranau. Ketika ke sana, sekolah itu baru dibuka. Tarikhnya saya lupa. Dibuka penghujung 1984 atau awal 1985.

Sekolah itu menggunaka­n balai raya. Di situ guru tinggal, di situ guru masak, di situ guru mengajar. Di sanalah murid belajar.

UB: Naik apa cikgu?

MJ: Saya naik Lingkabau bawa perahu. Tengahari saya meneruskan perjalanan. Sepatutnya jadualnya besok baru berangkat. Tetapi saya bertolak pada petang itu ke SRK Sungai-Sungai. Selepas itu saya pergi SK Abuan yang memakan masa enam jam.

UB: Enam jam?

MJ: Enam jam. Kami guna perahu kecil. Ada guru di depan, saya di tengah dan di belakang 'boatman’.

Kami masuk sungai-sungai kecil yang jarang digunakan orang. Jadi kami menebas lalang, atau akar untuk memudahkan laluan. Itu sebabnya dari pagi kami sampai tengahari.

Sekolah itu tidak pernah dilawati kerana terlalu jauh. Ia hanya dilawati sewaktu sekolah itu dibuka dengan bantuan penduduk kampung dan dihadiri ketua kampung. Orang kampung datang bawa peralatan untuk bina sekolah.

Masa sekolah itu dibuka, hanya kira-kira sepuluh orang pelajar yang datang mendaftar. Yang hadir ke sekolah hanya empat lima orang. Guru besar sekolah itu ialah Cikgu Bodi Simporokot.

UB: Pulang ikut jalan yang sama?

MJ: Dari sana kami balik tengahari ikut jalan yang sama terus ke perahu induk. Sepatutnya hari Jumaat kami sampai tapi kerana sudah tengah malam, kami bermalam di Lingkabau sebelum ke kapal Induk.

Di kapal induk, bos sudah risau sebab kami belum sampai. Masalahnya, bos tidak tahu kami ke sana

Kami sebenarnya hanya diarahkan untuk melawat satu sekolah satu hari tetapi saya teruskan melawat ke sekolah yang terpencil. Bos marah kerana lawatan di luar jadual. Siapa mahu jawab kalau ada apa yang berlaku, katanya. Bagaimana kalau perahu karam kemudian dibaham buaya atau dipatuk ular katanya. Dia betul-betul marah.

Tetapi yang mengharuka­n saya ialah tiga hari kemudian, bos saya panggil balik. Dia minta maaf dan ucap terima kasih kerana saya melawat ke sekolah itu. Jika saya tidak ke sekolah itu sudah tentu ia akan mengambil masa lagi untuk sekolah itu dilawati. Bukan senang pergi sana. UB: Lepas jadi nazir, cikgu bertugas dimana? MJ: Pada 1990, saya dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Beluran, kemudian pada 1992, saya dipindahka­n ke pejabat Pelajaran Sandakan sebagai Penyelia Hal Ehwal Pelajar di Pejabat Pelajaran Sandakan.

Pada 1995, saya pindah ke Ranau kerana dilantik sebagai Guru Besar SK Pekan 2, sekolah baru sehingga saya bersara pada 2006.

UB: Berapa gaji guru masa itu?

MJ: Gaji guru pada masa itu ialah $105 guru pelatih dan untuk lepasan maktab $150. Bila ada SPM naik lagi kepada $240.

Gaji itu bolehlah. Masa itu agak lumayan juga. Walaupun kecil tapi terbeli juga kereta.

UB: Bagaimana mulanya cikgu tertarik dalam bidang penulisan?

MJ: Masa di Maktab Kent, tahun 1969, ada arwah Ismail Awang Besar tulis cerpen, tulis sajak. Dari situ timbul minat mahu tulis. Ada Haji Rahim Razali, seorang pembaca deklamator yang bagus, pemidato yang hebat.

Masa itu, kami hidupkan semua majalah Suara Kent, Cikgu Ismail Awang Besar jadi pengarang, saya jadi sidang pengarang. Ketika itu, saya juga rajin menghantar sajak ke akhbar tempatan.

Pada masa itu dipimpin oleh Herman Noor Ayub kemudian oleh Surya Irawan. Dari situlah timbul minat saya menulis. Banyak karya saya tersiar di akhbar berkenaan. Ulasan sastera. Masa itu juga Haji Hussain Qasau juga banyak menulis. Saya menulis sejak hujung 1969 hingga sekarang.

Ketika bertugas semula di Sandakan, saya bertemu pula dengan arwah ABM Fajeer, waktu itu dia Setiausaha Majlis Perbandara­n Sandakan. Kemudian kami menubuhkan Warna Warni Sandakan (Warisan) yang melibatkan diri dalam pelbagai bidang seni seperti puisi, teater, tarian dan sebagainya. Kami adakan baca puisi, diskusi sastera, bengkel penulisan dan sebagainya.

UB: Siapa-siapa yang terlibat dalam sastera di Sandakan pada masa itu cikgu?

MJ: Antara orang-orang yang terlibat dan bergiat dalam Warisan masa itu selain ABM Fajeer, saya sendiri,Richard Lee, Abidin Lee, Ridhuan Lee, Razeek Hameed, Sukri Suradi, Basrih Osman.

Kebanyakan ahlinya pekerja Majlis Perbandara­n Sandakan. Sitti Rahmah dan Obasiah Haji Osman tidak masuk sebagai ahli tetapi aktif sertai kegiatan. Bila dijemput mereka datang. Antara yang rajin pada masa itu ialah Kembara Muda, Isa Razak yang waktu itu berada di Sandakan.

UB: Sudah berapa banyak puisi yang cikgu hasilkan? Tersiar dimana?

MJ: Saya sudah menghasilk­an lebih 200 puisi. Kebanyakan­nya tersiar di akhbar-akhbar tempatan Puisi-puisi saya juga tersiar dalam Malaysia dalam puisi, di selanggara­kan oleh Kemala dan Ahmad Razali Haji Yusof. Puisi saya yang pertama bertajuk Air itu Masih Mengalir.

UB: Ada satu ketika cikgu lama tidak menulis. Apa sebabnya?

MJ: Saya agak terhenti menulis ketika berada di Telupid di Beluran. Masa itu sukar mendapatka­n suratkhaba­r. Suratkhaba­r pandai putus. Mungkin juga kerana saya sibuk dengan kerja. Tidak ramai kawan yang boleh diajak bercakap soal sastera atau penulisan. Itu menyebabka­n minat jadi luntur.

Sekarang saya cuba mengumpulk­an semula karya-karya saya untuk diterbitka­n. Inshaa Allah, jika diizinkan, saya akan menerbitka­n karya-karya saya.

Kejadian berlaku pada 1986. Ada satu lawatan ke Ulu Sugut. Di Sugut ini, ada beberapa sekolah iaitu SK Terusan, SK Tampat, SK Sungai-Sungai. SK Lingkabau dan SK Abuan. Untuk ke sana, kami terpaksa mengikut jalan air. Jadualnya satu hari satu sekolah. Ada satu sekolah namanya SK Abuan, jauh tempatnya. Masih di bawah pentadbira­n Sandakan tetapi boleh ke sana dengan menunggang motosikal kira-kira dua jam dari Ranau. Ketika ke sana, sekolah itu baru dibuka. Tarikhnya saya lupa. Dibuka penghujung 1984 atau awal 1985. Sekolah itu menggunaka­n balai raya. Di situ guru tinggal, di situ guru masak, di situ guru mengajar. Di sanalah murid belajar.

 ??  ?? MAHMUD JAHAR dilahirkan di Kampung Sungai Lipung Suan Lamba, Sandakan pada 11 April 1950. Anak sulung dari 12 bersaudara ini mendapat pendidikan di Government Primary School (GPS) Melanta (19571962).
Selepas itu, beliau memasuki kelas peralihan...
MAHMUD JAHAR dilahirkan di Kampung Sungai Lipung Suan Lamba, Sandakan pada 11 April 1950. Anak sulung dari 12 bersaudara ini mendapat pendidikan di Government Primary School (GPS) Melanta (19571962). Selepas itu, beliau memasuki kelas peralihan...
 ??  ??
 ??  ?? UB: Dimana cikgu
UB: Dimana cikgu
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia