Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Umno Kudat zahirkan sokongan padu kepada pemimpin

-

KUDAT: Ketua Umno Bahagian Kudat Datuk Bolkiah Haji Ismail menyaranka­n kepada semua ahli Umno di bahagian ini termasuk ahli pergerakan Wanita Umno agar terus bersatu, bersetia dan berkhidmat dalam satu pasukan untuk memperting­katkan perjuangan terhadap parti keramat yang kita sayangi iaitu Umno yang menjadi tunjang kekuatan kepada kerajaan sekarang.

Katanya, dalam kita menghadapi cabaran dan rintangan dalam parti, semangat perjuangan yang kental ketabahan dan kesatuan mesti ada dalam sanubari kita di samping kita melakukan dengan telus dan ikhlas segala perjuangan kita agar tidak mudah dirosakkan oleh anasir yang bencikan Umno dan komponen Barisan Nasional.

Bolkiah yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n dan Perindustr­ian dan Adun Pitas antara lain berkata demikian di Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Kudat di Dewan Tun Mustapha, di sini barubaru ini.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kudat Datuk Hajah Aminah Amrose berkata, Umno kini sudah berusia 70 tahun masih kekal utuh sebagai payung dan pelindung kepada bangsa Melayu dan Bumiputera di Sabah khasnya Malaysia amnya kecuali Sarawak yang tiada parti Umno.

Katanya, sejarah membuktika­n bahawa banyak parti yang kukuh apabila tumbang tidak lagi berdaya untuk bangkit kembali contohnya seperti di negara- negara yang membangun, stabil, maju aman dan damai kini menjadi huru hara dan sehingga berpuluhan tahun belum lagi dapat kembali kepada asal selepas dijatuhkan.

“Sehubungan itu saya merayu kepada semua anggota di semua perigkat supaya berlapang dada dan akur dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno Pusat memecat dan menggantun­g sebilangan pemimpin demi menjaga maruah dan keutuhan parti.

Dalam ucapan dasar (Usul) Aminah menjelaska­n bahawa Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kudat sebulat suara menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno dan Komponen BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kudat juga menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Negeri dan Ketua Menteri Sabah manakala Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Adun Pitas Datuk Bolkiah Haji Ismail sebagai Ketua Umno Bahagian Kudat.

Mesyuarat kali ini memilih dua orang wakil Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kudat ke Perhimpuna­n Agung Umno di Kuala lumpur November ini yang terdiri dari Siti Zurani Zalil dan Anna Anton.

Pemerhati dari Perhubunga­n Umno Negeri ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Marudu Dato’ Redonah Bahanda.

Hadir sama Naib Ketua Umno Bahagian Kudat Akram Haji Ismail.

 ??  ?? BOLKIAH merakamkan gambar kenangan bersama perwakilan dan pemerhati mesyuarat dari Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Marudu.
BOLKIAH merakamkan gambar kenangan bersama perwakilan dan pemerhati mesyuarat dari Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Marudu.
 ??  ?? AMINAH (tiga dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Bolkiah sambil disksikan oleh Redonah dan Masrifah.
AMINAH (tiga dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Bolkiah sambil disksikan oleh Redonah dan Masrifah.
 ??  ?? SITI Zuraini Zalil (kiri) Anna Anton (kanan) wakil Wanita Umno Kudat ke Kuala Lumpur diapit oleh Aminah (tengah) Rosmiah (dua dari kanan) dan Masrifah.
SITI Zuraini Zalil (kiri) Anna Anton (kanan) wakil Wanita Umno Kudat ke Kuala Lumpur diapit oleh Aminah (tengah) Rosmiah (dua dari kanan) dan Masrifah.
 ??  ?? BOLKIAH, Aminah dan yang lain memotong kek ulang tahun sempena Hari Wanita sedunia.
BOLKIAH, Aminah dan yang lain memotong kek ulang tahun sempena Hari Wanita sedunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia