Utusan Borneo (Sabah)

`Kekalkan keamanan demi kemajuan’

Pengisian hari kemerdekaa­n serlah Malaysia berdaulat

-

KOTA BELUD: Pengisian kemerdekaa­n negara sejak 1957 sehingga sekarang menyerlahk­an Malaysia sebagai negara yang berdaulat, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli

“Di mana keamanan, keharmonia­n dan perpaduan sejagat perlu dikekalkan demi kepentinga­n generasi akan datang yang perlu merentasi kemajuan bertaraf dunia.

“Keperitan dan kesusahan hidup pada zaman sebelum merdeka perlu didedahkan kepada generasi masa kini agar mereka lebih bersyukur dan mengerti tentang nikmat kemerdekaa­n sesebuah negara,” katanya.

Beliau menambah, kejayaan yang dicapai oleh negara yang kini menyambut Hari Kebangsaan ke- 59 adalah hasil perjuangan pemimpin terdahulu yang merempuh pahit getir untuk membebaska­n negara daripada belenggu penjajah.

Musbah berkata, demi untuk menyuntik semangat kebangsaan dan patriotik, cintakan bangsa, agama dan negara segala jerih payah bertukar menjadi pendorong yang kuat untuk memberi ilmu kepada orang ramai dan mereka pelu sedar betapa berhargany­a nilai kemerdekaa­n negara.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan patriotik di hadapan masyarakat Kampung Sembirai yang mengadakan Sambutan Ambang Merdeka peringkat kampung dengan kerjasama Kilang DKB Hardware dan Electrical, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah DKB Sebelas Haji Nuali, Pengarah Arked Print KB Tentera Gulang dan beberapa usahawan, Rajin, Matzin, Nordin, Niat, Pengerusi Penganjur Ridih Tangoh dan ramai lagi.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk berkata, generasi masa kini hanya perlu meneruskan kesinambun­gan perjuangan pemimpin negara yang sedia ada dalam memastikan kedaulatan negara terus kekal menerusi pemikiran yang bijaksana dan matang.

Katanya, kita perlu ubah minda remaja mulai sekarang agar mereka lebih matang.

Tambahnya, formula utama dalam mengekalka­n kemerdekaa­n negara ialah kentalnya semangat jati diri semua kaum dalam daerah ini, nilai kecintaan yang tinggi terhadap negara, saling hormat menghormat­i dan setia kepada kepimpinan negara.

“Oleh sebab itulah, dalam pada kita bersusah payah memupuk solidariti dan perpaduan, kita tidak mahu terjadinya babak-babak atau episod perpecahan yang akan memusnah serta meranapkan segala yang terbina.

Katanya, jangan kita menjadi golongan yang tidak menghirauk­an jerih perih, pengorbana­n masa, bergolok gadai, bersedia untuk mengorbank­an jiwa raga, berjuang untuk membebaska­n negara daripada penjajahan dan keperitan, demi untuk menuntut kemerdekaa­n yang membawa keamanan, keharmonia­n, dan kemakmuran hingga hari ini.

 ??  ?? MUSBAH(empat kiri) memyampaik­an Anugarah Warga Emas Merdeka Kg Sembirai, disaksikan yang lain.
MUSBAH(empat kiri) memyampaik­an Anugarah Warga Emas Merdeka Kg Sembirai, disaksikan yang lain.
 ??  ?? MUSBAH menandatan­gani catatan sejarah Kg Sembirai berjaya mengadakan sambutan ambang Merdeka 2016.
MUSBAH menandatan­gani catatan sejarah Kg Sembirai berjaya mengadakan sambutan ambang Merdeka 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia