Utusan Borneo (Sabah)

Duterte enggan bertemu Setiausaha Agung PBB

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB):

Presiden Filipina Rodrigo Duterte, yang menyelar PBB kerana mengkritik kerajaanny­a, telah menolak satu permintaan untuk bertemu dengan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata “hubungan dilakukan bagi cuba menetapkan satu masa” bagi pertemuan pada masa lain ketika mesyuarat forum ASEAN di Laos pada minggu depan, namun “tiada masa telah dipersetuj­ui setakat ini.”

Seorang jurucakap hal ehwal asing di Manila berkata 11 orang ketua negara telah memohon bagi pertemuan dengan Duterte semasa mesyuatrat Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ( ASEAN), dan beliau telah menyatakan ‘ya’ kepada sembilan orang daripada mereka.

“Tolong fahami bahawa beliau tidak dapat menerima mereka semua dan tiada sesiapa yang sepatutnya menyatakan sebarang perkara negatif terhadap mereka yang beliau tidak boleh layan,” menurut Charles Jose di Manila.

Jurucakap Duterte, Ernesto Abella berkata mesyuarat ASEAN pada 6 hingga 8 September ini di Vientiane adalah “penuh secara luar biasa” dan bahawa “beberapa pertemuan yang bakal berlaku terpaksa diketepika­n.”

Duterte telah melancarka­n beberapa kecaman ter- hadap badan dunia selepas seorang utusan khas PBB mengkritik tindakanny­a terhadap jenayah, malah mengugut untuk menarik diri dari PBB, satu ugutan yang beliau kemudian tarik balik.

“Mungkin kami perlu untuk memutuskan berpisah dari PBB. Jika anda bersikap tidak hormat sebegitu... anak pelacur, maka saya akan meninggalk­an kamu,” tegas Duterte pada sidang media bulan lepas.

Beliau kemudian menyatakan ugutan itu hanya satu “gurauan”.

Hampir 2,000 orang terbunuh sejak Duterte mengangkat sumpah bagi jawatan- nya pada 30 Jun dan segera melancarka­n perang terhadap jenayah, menurut ketua polis negara.

Duterte menegaskan kebanyakan daripada 756 orang disahkan dibunuh oleh polis adalah suspek dadah yang melawan ketika ditangkap, sementara yang lain mati disebabkan oleh ang- gota kumpulan melancarka­n peperangan di antara satu sama lain.

Bagaimanap­un kumpulan hak asasi, beberapa anggota penggubal undang-undang dan mereka yang lain mendakwa pasukan keselamata­n telah terlibat dalam pembunuhan di luar bidang kehakiman. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte (kiri) enggan bertemu dengan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon (kanan), menurut pihak berkuasa kelmarin. — Gambar Reuters
PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte (kiri) enggan bertemu dengan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon (kanan), menurut pihak berkuasa kelmarin. — Gambar Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia