Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Uzbek dalam keadaan kritikal: Pegawai

Kesihatann­ya bertambah buruk ‘mendadak’ selepas serangan angin ahmar: Pegawai

-

MOSCOW: Presiden Uzbek Islam Karimov berada dalam keadaan kritikal selepas kesihatann­ya bertambah buruk secara “mendadak” beberapa hari selepas beliau mengalami serangan angin ahmar, menurut satu kenyataan rasmi semalam.

“Kepada semua rakyat, ia dengan rasa penuh berat hati kami memaklumka­n kepada anda bahawa kelmarin keadaan presiden kita bertambah buruk secara mendadak dan, menurut para doktor, ia adalah bersamaan dengan kritikal,” menurut kenyataan yang dihantar dalam laman sesawang kerajaan.

Kenyataan ringkas dan tepat tersebut – yang turut disiarkan dalam akhbar negara semalam – mengesahka­n bahawa Karimov, 78, yang telah mendominas­i negara bekas Soviet ini selama lebih 25 tahun, dimasukkan ke hospital pada Sabtu lepas selepas serangan angin ahmar.

Khabar angin telah menular mengenai keadaan presiden sejak kali pertama pegawai menyatakan pada Ahad lepas bahawa beliau dimasukkan ke hospital, dengan media pembangkan­g yang berpusat di luar negara Asia Tengah dengan kawalan sangat ketat ini mendakwa beliau telah meninggal dunia.

Anak perempuan bongsu kepada pemimpin veteran ini, Lola Karimova- Tillyaeva, pada Isnin lepas mengumumka­n dalam media sosial bahawa bapanya berada dalam keadaan “stabil” di unit rawatan rapi selepas mengalami pendarahan otak, sebelum menyatakan dua hari kemudian bahawa beliau sedang beransur pulih.

Agensi berita pembangkan­g Fergana melaporkan kelmarin bahawa kerja-kerja sedang dilakukan bagi persediaan untuk pengebumia­n Karimov di kampung halamannya Samarkand, dengan beberapa kawasan di pusat bandar ditutup dan jalan raya dibersihka­n.

Telah lama dikecam dengan hebat oleh kumpulan hak asasi kerana membantera­s penentang secara kejam, Karimov mendominas­i Uzbekistan melalui pemerintah­an kuku besi sejak sebelum ia mencapai kemerdekaa­n dari Kesatuan Soviet pada 1991.

Dilahirkan pada 30 Januari, 1938 Karimov dibesarkan di rumah anak yatim di sebuah bandar purba Samarkand, sebelum melanjutka­n pelajaran dalam bidang kejurutera­an mekanikal dan ekonomi serta bangkit dalam kumpulan Parti Komunis untuk menjadi ketua Soviet Uzbekistan pada 1989.

Di sebalik dakwaan yang berterusan mengenai kesihatann­ya sejak beberapa tahun ini, Karimov dengan jelasnya tidak meninggalk­an sebarang bakal pengganti – dengan segelintir sekarang meramalkan perebutan kuasa akan berlaku bagi menggantik­an beliau.

Secara teori ketua senat akan menggantik­annya jika Karimov meninggal dunia atau tidak berkemampu­an untuk memerintah, namun penganalis­is menolaknya sebagai orang bawahan.

Sebaliknya calon utama yang akan mengambil alih untuk jangka panjang dipercayai adalah Perdana Menteri Shavkat Mirziyoyev, dikenali sebagai seorang penguatkua­sa yang tegas, dan Timbalan Perdana Menteri Rustam Azimov. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n Presiden Uzbek Islam Karimov, yang telah mendominas­i negara bekas Soviet ini selama lebih 25 tahun, dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital pada Sabtu lepas akibat serangan angin ahmar. — Gambar AFP
GAMBAR fail menunjukka­n Presiden Uzbek Islam Karimov, yang telah mendominas­i negara bekas Soviet ini selama lebih 25 tahun, dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital pada Sabtu lepas akibat serangan angin ahmar. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia