Utusan Borneo (Sabah)

Ketua polis Dallas umum bersara susulan peristiwa berdarah 7 Julai

-

CHICAGO: Ketua polis Dallas David Brown, yang menjadi tumpuan selepas responnya terhadap serangan hendap maut ke atas lima anggotanya di bandar Amerika Syarikat (AS) itu, mengumumka­n persaraann­ya kelmarin.

Ketua Brown akan meletakkan jawatan pada 22 Oktober, menamatkan karier selama 33 tahun yang melihat beliau bangkit sebagai seorang pegawai negara ketika bandar Texas berdepan dengan serangan maut pada bulan lepas.

Brown menjadi tumpuan umum selepas seorang penyerang bersenjata menembak dan membunuh lima anggota polis di Dallas pada 7 Julai, sejurus selepas sekumpulan penunjuk perasaan secara aman menamatkan perarakan membantah tindakan anggota polis menembak mati penduduk kulit hitam AS.

Berucap pada sidang media selepas serangan itu, Brown, seorang kulit hitam, ditanya bagaimana penduduk boleh membantu Dallas.

“Berkhidmat untuk komuniti anda,” jawap beliau.

“Keluar dari garisan bantahan itu dan hantar borang permohonan anda.”

Selepas seruan itu, Jabatan Polis Dallas melaporkan peningkata­n “tidak dijangkaka­n” sebanyak 344 peratus dalam permohonan untuk menyertai pasukan polis.

Kisah Brown sendiri yang meliputi ketegangan menyakitka­n menyelubun­gi keganasan senjata, kaum dan perkhidmat­an polis di AS.

Sejurus selepas Brown memegang jawatan utama dalam pasukan polis Dallas pada 2010, anak lelakinya berusia 27 tahun, David Brown Jr, menembak mati seorang pegawai dan seorang lelaki lain ketika dalam keadaan khayal dadah, sebelum dibunuh oleh polis.

Dalam mengumumka­n “keputusan sukar” beliau untuk bersara, Brown berkata beliau telah menjadi seorang polis untuk menyelesai­kan masalah ketika gejala kokain pada 1980-an.

“Saya ingin menjadi sebahagian daripada solusi,” kata beliau dalam satu kenyataan bertulis di mana beliau sekali lagi memuji lima anggota yang terkorban pada Julai lepas.

“Ingatan mereka akan kekal bersama kita semua selamalama­nya. Saya tahu penduduk Dallas tidak akan pernah melupakan pengorbana­n yang mereka telah lakukan di jalan raya bandar kita pada malam malang itu.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia