Utusan Borneo (Sabah)

HFMD di Sarawak meningkat secara mendadak

-

KUCHING: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak menunjukka­n trend peningkata­n mendadak pada minggu ke-31 hingga minggu ke-34 sekali gus melebihi tahap amaran.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim berkata, tahap amaran bagi kes-kes HFMD di Sarawak adalah 246 kes manakala tahap wabak adalah 365 kes.

“Kes mula menunjukka­n trend peningkata­n di mana kenaikan mendadak dalam jumlah kes HFMD dari minggu ke-31 (31 Julai hingga 6 Ogos 2016) dengan 263 kes yang dilaporkan meningkat kepada 355 kes pada minggu ke-34 (dari 21 Ogos hingga 27 Ogos 2016).

“Jumlah kes ini sudah melebihi tahap amaran dan semakin mendekati tahap wabak,” katanya kepada Utusan Borneo di sini pada Khamis.

Beliau memberitah­u, secara keseluruha­n sejak 1 Januari lepas sehingga 27 Ogos, sebanyak 4,060 kes dilaporkan di Sarawak dengan Miri mencatat kes paling tinggi iaitu 832 kes diikuti Kuching 548 kes, Mukah (246 kes) serta Betong (214 kes).

Setakat ini sebanyak 22 taska dan tadika di Sarawak sudah ditutup disebabkan HFMD.

Bagaimanap­un kata beliau, sehingga kini tiada kes teruk dilaporkan dan ibu bapa disaran mendapatka­n nasihat daripada doktor lebij awal jika anak mereka demam, bisul mulut dan ruam pada telapak tangan, kaki atau punggung.

“Jabatan menasihati orang ramai agar tidak memandang ringan perkara ini dengan mengambil langkah pencegahan kerana jika tidak risiko adalah semakin tinggi bagi anak-anak jatuh sakit akibat HFMD.

“Sekali lagi jabatan juga menekankan kepentinga­n untuk memelihara standard kebersihan persekitar­an dan diri yang tinggi bagi meminimumk­an risiko HFMD sepanjang masa,” tegasnya.

Selain itu kata Dr Jamilah, kanak-kanak dengan HFMD harus duduk di rumah sehingga semua lepuh sudah kering.

Katanya dalam tempoh berkenaan, hubungan dengan kanak-kanak lain termasuk adik beradik, harus dielakkan sehingga kanak-kanak terbabit pulih.

Mereka juga tidak harus dibawa ke sebarang tempat awam atau sesak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia