Utusan Borneo (Sabah)

Sukan landasan pupuk perpaduan rakyat

-

SANDAKAN: Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya ia juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan rakyat.

Ketua Puteri Umno bahagian Batu Sapi Hazulizah Md Dani berkata, menerusi sukan, semua rakyat dapat bersatu dan berinterak­si tanpa mengira pangkat, budaya, agama, bangsa dan pendidikan.

Katanya, aktiviti sukan sangat bermakna bukan hanya sebagai usaha melahirkan masyarakat yang sihat malah menjadi medan membentuk jati diri, disiplin, semangat bekerjasam­a dalam satu bumbung selain mampu mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m di kalangan para pemain.

Beliau berkata, kegiatan sukan perlu menjadi asas untuk mencungkil bakat baharu pada peringkat lebih tinggi, termasuk daerah, negeri dan kebangsaan.

“Berikutan itu pelajar tidak seharusnya mengabaika­n kegiatan sukan ketika di bangku sekolah kerana penyertaan dalam bidang berkenaan boleh membantu meningkatk­an mutu sukan negara.

“Melalui bersukan juga memberikan impak yang berguna kepada kesihatan badan dan mental,” katanya ketika ketika ditemui sempena Program Membara Pertanding­an Boling Tertutup Merdeka bersama beliawanis dengan kerjasama SRCC Parlimen Batu Sapi, di Champs Sandakan.

Majlis perasmina dirasmikan oleh Ketua Penerangan Umno Batu Sapi Hussin Nasin mewakili Ketua Umno bahagian Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya.

Turut hadir ialah wakil SRCC Parlimen Batu Sapi Azmi Jamal yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Batu Sapi serta 17 pasukan terdiri 53 ketuaketua Puteri Umno cawangan Batu Sapi. Hazulizah berkata, kecergasan menerusi bersukan juga dapat melahirkan generasi yang berdisipli­n dan semangat bekerja secara berpasukan. “Kegiatan sukan turut

membantu usaha kita memerangi gejala sosial yang membimbang­kan yang menular di kalangan generasi muda,” ujarnya.

Jelas beliau, bidang sukan sebagai alat perpaduan harus diketengah­kan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan.

“Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhka­n kesejahter­aan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagai­an kelompok etnik yang ada di daerah ini,” tambah beliau lagi.

Dalam perlawanan boling itu, juara keseluruha­n Kumpulan Sarjan Hassan membawa balik barangan hamper dan wang tunai RM600, naib juara Kumpulan Bersatu Padu menerima wang tunai RM300 dan hamper dan tempat ketiga Kumpulan Sehati Sejiwa menerima RM150.

Manakala tempat keempat dan keliima masing- masing jatuh kepada Kumpulan Tun Teja dan Kumpulan Tun Abdul Razak menerima RM100 dan saguhati.

Juara pungutan pin tertinggi keseluruha­n disandang oleh Diana Nasire menerima RM300.

 ??  ?? JUARA keseluruha­n Kumpulan Sarjan Hassan membawa balik barangan hamper dan wang tunai RM600 dan juara pungutan pin tertinggi keseluruha­n Diana Nasire menerima RM300.
JUARA keseluruha­n Kumpulan Sarjan Hassan membawa balik barangan hamper dan wang tunai RM600 dan juara pungutan pin tertinggi keseluruha­n Diana Nasire menerima RM300.
 ??  ?? NAIB juara Kumpulan Bersatu Padu menerima wang tunai RM300 dan hamper.
NAIB juara Kumpulan Bersatu Padu menerima wang tunai RM300 dan hamper.
 ??  ?? 17 pasukan mengambil bahagian merakamkan gambar kenangan.
17 pasukan mengambil bahagian merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? TEMPAT ketiga Kumpulan Sehati Sejiwa menerima RM150.
TEMPAT ketiga Kumpulan Sehati Sejiwa menerima RM150.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia