Utusan Borneo (Sabah)

Brazil benam Ecuador, Jesus bayangi Neymar

-

QUITO: Dua gol dari prodigi remaja Gabriel Jesus menyemarak­kan Brazil untuk mencapai kemenangan kelayakan mereka yang julung kali di Ecuador kelmarin dan menghidupk­an semula kempen kelayakan gergasi Amerika Selatan itu ke Piala Dunia 2018.

Jesus – yang menyertai kelab Inggeris Manchester City dari Palmeiras pada Ogos lalu – menggarisk­an statusnya sebagai antara bakat paling cerah dalam bola sepak Brazil dengan dua gol lewat untuk membantu jurulatih baharu Tite memulakan tugas dengan langkah kanan dan kemenangan 3-0.

Penyerang berusia 19 tahun itu turut memainkan peranan penting dalam gol pembukaan Brazil apabila dia memenangi tendangan penalti yang disempurna­kan oleh superstar Barcelona Neymar pada minit ke-72.

Bagaimanap­un, buat kali ini, Neymar, wira dalam kejayaan Brazil memenangi pingat emas Olimpik sulung pada bulan lepas, dibayangi rakan penyerangn­ya, yang membuat penampilan senior buat pertama kalinya.

Jesus memenangi tendangan penalti untuk gol pertama selepas dia berlari ke dalam kotak penalti yang mengundang kekasaran dari penjaga gol Ecuador Alexander Dominguez.

Pengadil dari Paraguay Enrique Caceres tidak membuang masa untuk menunjuk ke petak penalti sebelum Neymar tampil dan menjaringk­an gol.

Jesus – soerang lagi anggota Brazil yang berjaya dalam kempen Olimpik – kemudian menggandak­an kelebihan Brazil tiga minit sebelum tamat dengan satu penyudah yang cantik setelah hantaran lintang yang rendah Marcelo dari sayap kanan.

Keadaan bertambah baik dalam masa tambahan apabila Jesus menyerang barisan pertahanan Ecuador yang sumbang untuk melencong rembatan yang cantik ke sudut atas gawang bagi kedudukan 3-0.

Kemenangan itu merupakan kali pertama Brazil bermain di tempat lawan dalam kempen kelayakan yang mengecewak­an setakat ini, di mana juara dunia sebanyak lima kali itu menduduki tempat keenam, di luar kelayakan automatik, sebelum perlawanan kelmarin.

Jurulatih Brazil, Tite, yang mengambil alih tugas Dunga selepas penyingkir­an yang memalukan pada pusingan pertama di kejohanan Copa America pada Jun lalu, memuji kerja berpasukan yang dipamerkan oleh pasukan Selecao.

“Seluruh pasukan bermain dengan sangat baik, mereka mempunyai semangat perpaduan,” kata Tite. “Kami menderita sedikit pada permulaan perlawanan tetapi kami mempunyai jati diri untuk mencapai kemenangan.

“Para pemain hebat sekali dari segi fizikal dan teknikal. Kami akan menikmati saat ini dan kemudian menilai.”

Ia juga kali pertama Brazil pernah menewaskan Ecuador dalam keadaan udara nipis di Quito, yang terletak pada ketinggian 2,850 meter yang memeningka­n di atas paras laut.

Sementara itu Tite memuji sumbangan pengurus lama Dunga, dan berkata kapten yang memenangi Piala Dunia 1994 itu telah meletak asas bagi kemenangan kelmarin.

“Sebahagian­nya adalah warisan Dunga – kerana para pemain sudah pun menyesuaik­an diri untuk bermain di posisi mereka,” katanya. – AFP

 ??  ?? BINTANG baharu skuad Brazil Gabriel Jesus (kanan), meraikan kejayaan Brazil menumpaska­n Ecuador bersama rakan sepasukan. - AFP
BINTANG baharu skuad Brazil Gabriel Jesus (kanan), meraikan kejayaan Brazil menumpaska­n Ecuador bersama rakan sepasukan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia