Utusan Borneo (Sabah)

KDMM sedia hadapi MISC-MIFA

Hadiah cabutan tiket bertuah untuk penyokong termasuk motosikal

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

Bermain di gelanggang sendiri adalah satu kelebihan yang harus kami manfaatkan sebaiknya untuk bekalan menghadapi perlawanan balas (suku akhir kedua) di tempat lawan...kami buru kemenangan dengan kelebihan sekurang

gol.” kurangnya dua DATUK PETER ANTHONY Presiden KDMM FC

KOTA KINABALU: Ia umpama perlawanan akhir bagi Sabah KDMM FC apabila melayani kunjungan juara Kumpulan A, MISCMIFA FC pada pusingan suku akhir pertama Piala FAM di Stadium Keningau pada Rabu depan (7 September).

KDMM melakar sejarah tersendiri­nya apabila mengotakan sasaran mara ke suku akhir pada penampilan pertamanya dalam saingan kelas tiga selepas Liga Super dan Liga Premier berkenaan.

KDMM meraih salah satu dari empat tiket dari Kumpulan B ke suku akhir selepas menduduki tangga keempat di kalangan lapan pasukan.

KDMM menamatkan 14 perlawanan saingan peringkat kumpulan dengan kutipan 19 mata dengan rekod lima menang, empat seri dan lima kalah.

Turut mara dari Kumpulan B adalah Perak PKNP FC (30 mata), KL MOF FC (27 mata) dan Melaka SAMB FC (27 mata).

MISC-MIFA pula mengetuai Kumpulan A ke suku akhir selepas muncul juara dengan 36 mata. Turut mara adalah Felcra FC (33 mata), Selangor AirAsia Allstars (30 mata) dan Sg. Ara FC (29 mata).

“Walaupun belum sampai setahun ditubuhkan, kehadiran kelab ini sudah dirasai pasukan lain dalam saingan ini. Ini adalah hasil komitmen dan kerja keras semua anggota pasukan.

“Berjaya mengotakan sasaran mara ke suku akhir adalah motivasi kuat untuk kami meletakkan sasaran baharu iaitu melepasi pusingan suku akhir.

Kami telah terus berkerja keras dan segala tumpuan kepada perlawanan suku akhir. Ia adalah umpama perlawanan akhir bagi kami,” kata presiden kelab, Datuk Peter Anthony yang juga pemain kelab itu.

Peter menjangkak­an ia bukan tugas mudah menghadapi MISC-MIFA terutama dengan rekod mereka selaku juara kumpulan dan mencatat 11 kemenangan, tiga seri dan hanya kalah dua kali dalam saingan peringkat kumpulan.

“Bagaimanap­un tiada apa yang perlu kami takutkan kerana kami juga telah berkerja keras dalam latihan khusus untuk perlawanan (suku akhir pertama) ini.

“Perlawanan suku akhir pertama akan berlangsun­g dengan kami sebagai tuan rumah. Bermain di gelanggang sendiri adalah satu kelebihan yang harus kami manfaatkan sebaiknya untuk bekalan menghadapi perlawanan balas (suku akhir kedua) di tempat lawan... kami buru kemenangan dengan kelebihan sekurang-kurangnya dua gol,” kata Peter.

Menurutnya, semua pemain berada di tahap terbaik untuk membolehka­n barisan jurulatih yang diketuai Andrew Majanggim membuat percaturan terbaik menghadapi perlawanan itu.

“Dengan sokongan padu penyokong pasti akan menyemarak­kan lagi semangat pemain sekaligus memberi tekanan kepada lawan.

“Oleh itu kelab KDMM ingin mengajak peminat bola sepak negeri ini khususnya penyokong KDMM di Pedalaman datang beramairam­ai memberi sokongan kepada pasukan. Sepak mula perlawanan adalah pada jam 8.15 malam,” kata Peter.

Peter berkata, bagi menghargai sokongan penyokong, kelab KDMM menyediaka­n pelbagai hadiah lumayan menerusi cabutan tiket bertuah.

“Setiap pemegang tiket menyaksika­n perlawanan layak dan berpeluang membawa balik hadiah menerusi cabutan tiket bertuah.

“Hadiah tiket bertuah yang disediakan termasukla­h motosikal, basikal, hamper dan barangan elektrik. Turut disediakan adalah hadiah untuk 20 penendang sepakan penalti yang akan dipilih secara rawak,” katanya.

 ??  ??
 ?? Gambar oleh Melmon Ho ?? AKSI Peter semasa perlawanan saingan peringkat kumpulan menentang Melaka SAMB FC di Stadium Keningau minggu lalu.
Gambar oleh Melmon Ho AKSI Peter semasa perlawanan saingan peringkat kumpulan menentang Melaka SAMB FC di Stadium Keningau minggu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia