Utusan Borneo (Sabah)

24 guru hadiri bengkel jurulatih PMS

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Bengkel Jurulatih Negeri Pemimpin Muda Sukan ( PMS) Zon Sabah anjuran Bahagian Sukan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) telah berlangsun­g di Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) di sini baru- baru ini.

Bengkel tiga hari itu dikelolaka­n oleh Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Penyelaras bengkel tersebut, Abd Hakim Awang Ali berkata, seramai 24 orang menghadiri bengkel itu yang terdiri daripada guru- guru sekolah menengah mewakili 24 daerah pendidikan di Sabah.

Katanya, ia bertujuan memberi pendedahan, pengetahua­n dan kemahiran ke arah melahirkan Jurulatih (JU) Daerah yang berwibawa sebagai Pemimpin Muda Sukan di setiap daerah.

Menurutnya, para peserta yang terlibat menyertai bengkel itu akan berperanan sebagai jurulatih daerah dan perlu mengadakan kursus atau ‘bengkel dalaman’ di sekolah dan daerah masing-masing.

Bengkel tersebut dikendalik­an oleh Penolong Pengarah Unit Sukan KPM, Vasudevan Kandelan, Jurulatih Kebangsaan, Bilong Ngerong dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau dan juga Jurulatih Negeri (PMS), Siti Rosni Ansawi.

Penolong Pengarah Unit Sukan JPN Sabah, Jauhan Awi merasmikan penutupan bengkel itu dan seterusnya menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada para jurulatih dan peserta yang terlibat.

Dalam ucapannya, Jauhan merakamkan penghargaa­n kepada pihak Bahagian Sukan KPM kerana mengadakan bengkel itu di Sabah yang julung kali diadakan di negeri ini.

Beliau berharap para peserta bengkel agar dapat mengaplika­sikan segala ilmu pengetahua­n, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi melalui bengkel atau kursus singkat itu untuk disebarlua­skan kepada guruguru dan para pelajar di daerah masing-masing.

Katanya, peserta yang terlibat adalah mewakili 24 daerah pendidikan di Sabah dan mereka dengan sendirinya dilantik sebagai Jurulatih Daerah (JUD) dalam bidang Pemimpin Muda Sukan.

Beliau berkata sebagai JU Daerah, mereka berperanan penting merancang, melaksana dan menggerakk­an pelaksanaa­n pelbagai program yang berkaitan dengan fungsi dan bidang tugas sebagai Pemimpin Muda Sukan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penyelia Unit Sukan JPN Sabah, Abd Rahman Wahab.

 ??  ?? PESERTA Bengkel Jurulatih Negeri Pemimpin Muda Sukan (PMS) Zon Sabah bergambar kenangan bersama Jauhan (empat kiri), Vasudevan, Jauhan dan Abd Rahman serta para penceramah/pembimbing bengkel tersebut.
PESERTA Bengkel Jurulatih Negeri Pemimpin Muda Sukan (PMS) Zon Sabah bergambar kenangan bersama Jauhan (empat kiri), Vasudevan, Jauhan dan Abd Rahman serta para penceramah/pembimbing bengkel tersebut.
 ??  ?? JAUHAN (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada Jurulatih Kebangsaan, Bilong Ngerong sambil diperhatik­an Abd Hakim (kiri) dan Vasudevan (kanan).
JAUHAN (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada Jurulatih Kebangsaan, Bilong Ngerong sambil diperhatik­an Abd Hakim (kiri) dan Vasudevan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia