Utusan Borneo (Sabah)

KLF Beluran Siri 1 2016, 10 pasukan bersaing

KLF Beluran Siri 1 2016

- Oleh SALMAN ABADI

BELU RAN: Sepuluh pasukan futsal menyertai Kejohanan Liga Futsal ( KLF) Siri 1/2016 anjuran Gabungan Belia Pekan Beluran yang masih berlangsun­g di Gelanggang Futsal Majlis Daerah Beluran di sini.

Urus setia penganjur, Mohd Yusran Mohd Daud berkata, kejohanan itu yang bermula pada 30 Ogos lalu dan akan berakhir pada 16 September ini dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-59.

Katanya, ia bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air melalui aktiviti sukan, selain mengisi masa lapang para belia terutamany­a menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini yang merupakan tarikh bersejarah negeri Sabah melalui pembentuka­n negara Malaysia.

“Kejohanan ini juga bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan para belia terutama golongan muda, di samping menggalakk­an penglibata­n masyarakat belia dalam aktiviti bersukan”, katanya kepada Sukan Utusan Borneo.

Pasukan yang terlibat ialah Unit Belia Masjid Futsal Team (UBM FT), MS FT, Kampung Air, MEN FT, PDRM FA, MY FT, Funboy FT, Subata FC, PFC dan Filte King.

Katanya, kesemua pasukan tersebut berasal dari sekitar Pekan Beluran, Kg Air, Kg Keramat, Kg Kolapis, Kg Muanad 1, PDRM, GiatMara, Perumahan Lama, PPR Taman Sungai Labuk dan juga Unit Belia Masjid Pekan Beluran.

Mohd Yusran berkata, kejohanan liga itu hanya dipertandi­ngkan pada setiap malam hari Jumaat dan Sabtu dan perlawanan akhir nanti akan berlangsun­g pada 16 September 2016 sempena Hari Malaysia.

Menurutnya, selepas kesemua pasukan mengharung­i lima perlawanan sebelum ini, pasukan UBM FT mendahului carta liga apabila mengutip 15 mata hasil lima kemenangan bersih tanpa seri atau kalah.

Berada di tempat kedua ialah pasukan MS FT yang berkongsi 13 mata dengan pasukan Kg Air tetapi dipisahkan dengan kelebihan jaringan, diikuti pasukan MEN FT ( 12 mata) dan PDRM FA (7 mata) di tempat keempat dan kelima.

Tiga pasukan turut berkongsi 4 mata iaitu pasukan MY FT, Funboy FT dan Subata FC, manakala PFC hanya mengutip 1 mata sementara pasukan Filte King tercorot di carta liga selepas tewas kesemua lima perlawanan yang telah diharungi.

Kejohanan tersebut mendapat sambutan yang menggalakk­an dengan kehadiran ratusan penonton dan pengunjung yang datang menyaksika­n dan memeriahka­n kejohanan liga futsal yang julung kali diadakan di Pekan Beluran.

 ??  ?? PASUKAN Unit Belia Masjid FT dan PDRM Beluran.
PASUKAN Unit Belia Masjid FT dan PDRM Beluran.
 ??  ?? GIATMARA dan Belia Perumahan Lama.
GIATMARA dan Belia Perumahan Lama.
 ??  ?? BELIA TSL dan SMK Beluran.
BELIA TSL dan SMK Beluran.
 ??  ?? BELIA Kg Air dan Kg Kolapis, Beluran.
BELIA Kg Air dan Kg Kolapis, Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia