Utusan Borneo (Sabah)

10 PTI ditahan masuk secara haram, seludup telur penyu

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan menahan 10 pendatang tanpa izin ( PTI) warga Filipina disyaki menyusup masuk ke negara ini melalui pintu masuk tidak sah dan menyeludup telur penyu, dalam Op Pensura Khas yang bermula 1 hingga 3 Sept di perairan laut Sandakan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata, operasi berkenaan tertumpu di kawasan kuala Sungai Batu 2 dan kuala Sungai Batu 3 hingga ke laut Pamaguan.

Beliau berkata, operasi dijalankan bertujuan mengekang kemasukan PTI, ekoran dasar kerajaan Filipina yang menggunaka­n serangan ketenteraa­n ke atas ASG, dipercayai penduduk di kawasan terbabit akan cuba melarikan diri ke Malaysia.

“Hasil daripada operasi itu, seramai 10 orang PTI yang berumur antara 14 hingga 54 tahun ditahan atas beberapa kesalahan seperti menyusup masuk ke negara ini melalui pintu masuk tidak sah, menyeludup masuk barangan salah seperti telur penyu dan pengendali pam bot,” katanya.

Tambahnya, turut dirampas lima buah bot, empat unit enjin pam, satu unit enjin sangkut dan 9,900 biji telur penyu, yang kesemuanya dianggarka­n bernilai RM36,500.

Mohamad berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen1­959/63, Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 dan Kaedah-Kaedah Bot 1953.

Menurutnya, selain dari operasi berjadual PPM, operasi khas sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa oleh PPM Sandakan bagi mengekang segala kesalahan yang dilakukan di perairan Sandakan.

 ??  ?? ANGGOTA PPM Sandakan menunjukka­n telur penyu yang dipercayai diseludup masuk oleh warga asing terbabit.
ANGGOTA PPM Sandakan menunjukka­n telur penyu yang dipercayai diseludup masuk oleh warga asing terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia