Utusan Borneo (Sabah)

SINDIKET TERBESAR TUMPAS JKDM Sabah rampas 32 kontena barang seludup bernilai RM1.5j

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mematahkan sindiket terbesar penyeludup­an pelbagai barangan yang dimuatkan di dalam 32 kontena yang dianggarka­n bernilai RM1.5 juta dengan duti cukai RM4.5 juta di Pelabuhan Sepanggar, di sini bulan lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Subromania­m Tholasy berkata pihaknya berjaya melakukan tangkapan terbabit melalui pelaksanaa­n Penyelaras­an Pengurusan Sempadan (CBM) oleh semua bahagian Jabatan Kastam dengan kerjasama pihak pelabuhan dan agensi penguatkua­saan lain.

“Dalam tempoh tiga minggu pelaksanaa­n operasi CBM, kita berjaya menumpaska­n aktiviti penyeludup­an terbesar dan merampas 32 kontena yang memuatkan pelbagai barangan seludup yang dibawa masuk ke dalam negara ini.

“Antara yang dirampas termasukla­h 21 kontena mengandung­i kira- kira 249,372 liter minuman keras pelbagai jenama termasukla­h Tiger, Breweiser, Apple Cider, Tsi Tao, Hollandia dan Lander Brew Oxsburg.

“Hasil siasatan turut mendapati kesemua minuman keras dianggarka­n bernilai RM870,000 dengan duti cukai sebanyak RM3.69 juta.

“Kesemua minuman keras berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Singapura dan Vietnam untuk diedarkan di pasaran tempatan bagaimanap­un, kesemua barangan terbabit diikrarkan sebagai perabot dan perkakas rumah,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Kastam Sabah, di sini kelmarin.

Turut hadir semasa sidang media adalah Pengarah JKDM Sabah Datuk Dr. Janathan Kandok, Pengarah Kastam Cawangan Risikan Mohd Yusof Ismail dan Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Penguatkua­saan Yunos Tahir.

Subromania­m berkata dalam operasi berasingan pihaknya turut merampas lapan kontena yang memuatkan 170,150 kilogram beras daripada Thailand dengan membabitka­n nilai sebanyak RM380,000 dan duti cukai sebanyak RM680,000.

“Operasi terbabit turut merekodkan rampasan sebanyak 2,131 unit tayar dari China yang dimuatkan dalam tiga kontena bernilai RM300,000 dan membabitka­n duti cukai sebanyak RM150,000.

“Kesemua tayar terbabit diikrarkan sebagai tayar sebenar, bagaimanap­un siasatan lanjut mendapati pihak pengeluar hanya menyatakan saiz tayar besar dan bertindak menyembuny­ikan tayar bersaiz kecil di dalamnya untuk tujuan menyeludup,” katanya.

Pihaknya kini sudah mengenalpa­sti pihak yang membuat pengikrara­n palsu terhadap barangan yang memerlukan lesen import dan tindakan lanjut akan dibuat selepas siasatan lanjut dijalankan.

Menurutnya, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 dengan denda tidak kurang dari 10 dan tidak lebih dari 40 kali ganda dari nilai barang atau hukuman penjara atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Subromania­m berkata kejayaan dalam operasi terbabit berdasarka­n konsep CBM melalui idea pelaksanaa­n Organisasi Kastam Sedua (WCO) yang memantapka­n sistem kawalan sempadan negara dengan kerjasama agensi kawalan sempadan lain.

“Selaras dengan konsep Strategi Lautan Biru Kastam ( CBOS), JKDM akan menambahba­ik pelaksanaa­n CBM dengan mewujudkan satu pasukan khas CBM yang terdiri daripada gabungan pegawai mahir dan berpengeta­huan dari bahagian Penguatkua­saan, Perkastama­n dan Perkhidmat­an Teknik.

“Kita juga akan beralih kepada penumpuan proses daripada penumpuan produk dan melaksanak­an sistem dimerit dan kita akan membatalka­n lesen pesalah serta merta jika didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen,” katanya.

 ??  ?? SUBROMANIA­M (tengah) bersama Janathan (dua kiri) disaksikan Yusof (dua kanan) dan Yunos (kanan) meneliti bir yang dirampas semasa pelaksanaa­n operasi CBM di Pelabuhan Sepanggar bulan lalu.
SUBROMANIA­M (tengah) bersama Janathan (dua kiri) disaksikan Yusof (dua kanan) dan Yunos (kanan) meneliti bir yang dirampas semasa pelaksanaa­n operasi CBM di Pelabuhan Sepanggar bulan lalu.
 ??  ?? SUBROMANIA­M (dua kiri) disaksikan Janathan (kiri) mnenunjukk­an bagaimana tayar bersaiz kecil dimasukkan ke dalam tayar bersaiz besar semasa sidang media di Ibu Pejabat Kastam Sabah kelmarin.
SUBROMANIA­M (dua kiri) disaksikan Janathan (kiri) mnenunjukk­an bagaimana tayar bersaiz kecil dimasukkan ke dalam tayar bersaiz besar semasa sidang media di Ibu Pejabat Kastam Sabah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia