Utusan Borneo (Sabah)

Ribut Tropika Hermine badai Pantai Timur AS

-

FLORIDA: Pantai Timur Amerika Syarikat ( AS) berdepan gabungan berbahaya angin kencang dan hujan lebat sepanjang hujung minggu ini ketika Ribut Tropika Hermine membadai Pantai Atlantik semalam, meninggalk­an kesan kemusnahan di Florida, Georgia dan kedua- dua negeri Carolina.

Amaran dan pemantauan ribut dan banjir dilaksanak­an dari utara Carolina Selatan hingga ke Rhode Island tatkala Hermine membadai kawasan yang dihuni puluhan juta orang.

Ribut dijangka mara ke utara di sepanjang pantai Carolina, sebelum membina kekuatan selepas mara ke luar pantai memasuki Atlantik pada pagi semalam dengan tahap hampir taufan menjelang lewat hari ini, menurut Pusat Taufan Negara (NHC).

Cuti Hari Buruh hujung minggu bagi ribuan penduduk yang sudah membanjiri lokasi pantai popular di sepanjang Atlantik terjejas selepas ribut menjejaska­n industri pelanconga­n Florida yang bernilai AS$89 bilion.

Hermine yang mendarat sebagai taufan pertama dalam sejarah 11 tahun di Florida, membadai awal kelmarin dekat bandar pantai Teluk St. Marks, 30 kilometer selatan ibu negeri Tallahasse­e dengan angin selaju 130 kilometer sejam dan mencetuska­n ombak tinggi di kawasan pesisiran pantai.

Setakat jam 2 pagi waktu tempatan semalam, ribut bernama keempat dalam musim taufan Atlantik 2016 berada di sekitar 186 kilometer barat Cape Hatteras, Carolina Utara di mana angin sekuat 95 kilometer sejam dilaporkan, menurut NHS.

Awal pagi semalam, kru di Wilmington, Carolina Utara menyelamat­kan beberapa orang yang terkandas di atas kenderaan mereka selepas jalan raya ditenggela­mi air, menurut media tempatan.

Sekurang-kurangnya satu puting beliung dilaporkan membadai Carolina Utara semalam, menyebabka­n seorang cedera.

Ribut melalui Pantai Myrtle, Carolina Selatan kelmarin yang menyebabka­n 51,000 penduduk terputus bekalan elektrik.

Sejumlah 150,000 isi rumah tiada bekalan elektrik di Florida, Georgia, Carolina Utara dan Selatan, lapor syarikat utiliti semalam.

Perintah darurat masih dilaksanak­an di Florida, Georgia, Carolina Utara, Virginia dan Maryland ketika satu kematian berkaitan ribut dilaporkan di bandar utara Florida Ocala, di mana seorang lelaki gelandanga­n yang tidur dalam khemah mati ditimpa pokok tumbang.

Ribut tropika itu turut dijangka menyebabka­n hujan sehingga 15 inci di beberapa negeri tenggara dan pertengaha­n Atlantik se-panjang hari ini. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? HERMINE membadai Florida dalam imej satelit GOES East serahan NASA kelmarin. — Gambar Reuters
HERMINE membadai Florida dalam imej satelit GOES East serahan NASA kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia