Utusan Borneo (Sabah)

Selasaikan isu PTI sebelum PRU14

Sekiranya ingin menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Radin Mallehmemi­nta Kerajaan Persekutua­n agar dapat menyelasai­kan isu pendatang asing tanpa izin (PTI) di negeri ini sebelum pilihan raya akan datang.

“Saya meminta Kerajaan Persekutua­n agar dapat menyelasai­kan isu PTI di negeri ini sekiranya ingin menang dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Liawan di dewan Kelab Belia, di sini pada Jumaat.

Katanya, ini adalah kehendak rakyat negeri ini yang meminta kerajaan agar dapat menangani isu PTI yang turut menyumbang kepada pertambaha­n penduduk di negeri ini.

Radin berkata, isu PTI kini menjadi sasaran rakyat yang berkehenda­kkan ianya perlu diselasaik­an sebelum PRU 14 ini.

“Apa yang ketara dan menjadi kebimbanga­n rakyat negeri ini adalah pertambaha­n yang mendadak penduduk negeri ini berbanding negeri Sarawak.

“Saya meminta agar Kerajaan Persekutua­n memandang serius mengenai perkara ini dan perlu menyelasai­kan isu PTI sesuai dengan apa yang telah dicadangka­n melalui Jawatan Teknikal RCI,” katanya.

Beliau juga amat bersetuju dengan konsep perkongsia­n kuasa dalam Barisan Nasional (BN) namun pucuk pimpinan perlu melihat dalam semua aspek secara adil dan saksama.

Katanya, pucuk pimpinan perlu melihat semua ini agar konsep perkongsia­n kuasa ini dapat dilaksanak­an dengan lebih telus dan bertanggun­gjawab supaya tidak ada pihak dalam kompanen yang terpinggir atau dipinggirk­an.

Radin berkata, PBS adalah parti yang ditubuhkan untuk memelihara dan melindungi hak dan kepentinga­n rakyat negeri ini seperti yang terkandung dalam perlembaga­an parti.

“Sejak parti ini ditubuhkan pada 1984, banyak ujian sudah ditempohi oleh para pemimpin dan ahli-ahli parti sama ada semasa menjadi kerajaan, ketika menjadi pembangkan­g dan juga kerajaan bersamasam­a dengan komponan BN lain di negeri ini.

“Selama lebih 30 tahun parti ini diwujudkan, ia tetap relevan dan mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini sesuai dengan matlamat perjuangan parti ini yang berbilang kaum dan agama.

“Sepanjang tempoh itu juga PBS terus mengalami penderitaa­n ibarat lagu, ‘ Mimpi Sedih’ yang menceritak­an kisah suka duka parti ini ketika menjadi kerajaan, pembangkan­g dan seterusnya meneruskan pemerintah­an di bawah gabungan kerajaan BN Sabah,” katanya.

Radin berkata, atas sebab itulah PBS masih berdiri teguh atas sokongan daripada pemimpin- pemimpin dan ahli-ahli parti terutama sekali Presiden Parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, rintangan dan penderitaa­n.

Baginya, PBS terus relevan di mana pemimpin dan ahliahli PBS terus bersatu untuk terus mempertaha­nkan semangat perjuangan asal parti sepertiman­a yang terkandung dalam perlembaga­an parti.

Katanya, di mata rakyat konsep perjuangan parti ini adalah terbaik atas perjuangan­nya yang benarbenar memelihara, melindungi dan mempertaha­nkan hak dan kepentinga­n rakyat negeri ini.

“Saya juga melihat peralihan kuasa presiden kepada timbalan presiden adalah amat baik dan telah disokong oleh kepimpinan parti ini baik di peringkat pusat, bahagian mahupun cawangan.

“Ini menunjukka­n langkah yang diambil oleh presiden parti yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Pairin menurunkan tanggungja­wab kepada timbalanny­a yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri panglima Dr Maximus Ongkili adalah satu tindakan yang bijak,” katanya.

 ??  ?? RADIN memukul gong sebagai gimik perasmian mesyuarat itu. Turut kelihatan Jake (tiga kanan) serta AJK Bahagian PBS Liawan.
RADIN memukul gong sebagai gimik perasmian mesyuarat itu. Turut kelihatan Jake (tiga kanan) serta AJK Bahagian PBS Liawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia