Utusan Borneo (Sabah)

Dai Pendakwah Nusantara di TV3 malam ini

-

SELEPAS sekali lagi memberikan kejutan pada minggu lepas di mana tiada penyingkir­an yang berlaku, program realiti keagamaan Da’i Pendakwah Nusantara akan kembali bersiaran secara langsung di TV3 dengan episod ketujuh pada malam ini dan pastinya akan ada yang tersingkir.

Episod keenam Da’i Pendakwah Nusantara minggu lepas menampilka­n hanya lapan peserta lelaki untuk meneruskan perjuangan. Da’i Saiful, Da’i Irfan, Da’i Hazman, Da’i Azrin, Da’i Nasrul, Da’i Syed, Da’i Niezal dan Da’i Ahmed telah menyampaik­an tazkirah selama tiga minit yang bertemakan ’Adab 101” dengan penuh bertenaga dan berkesan.

Kesemua peserta telah menerima pujian yang tinggi daripada juri awam, juri profesiona­l serta Mursyid, Murrabi dan Murrabiah kerana persembaha­n yang mantap, bijak dalam menyusun kata-kata, berjaya menarik minat para penonton dalam hujahan mereka dan masing-masing konsisten dalam penyampaia­n tazkirah. Malah, kebanyakan peserta Da’i turut mendapat markah yang tinggi dari juri awam.

Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9, “Selepas 6 minggu berentap di pentas Da’i, mereka semakin matang dan bijak dalam menyampaik­an tazkirah, berkeyakin­an tinggi, bertenaga dan versatil. Jadi, tiada penyingkir­an diadakan pada malam Ahad yang lepas kerana kami ingin melihat potensi mereka pada episod yang akan datang.”

“Selain itu, musim terbaharu program Da’i juga menerima sambutan hebat dengan catatan rating lebih daripada 1.6 juta penonton dan mendapat perhatian daripada pelayar Malaysia apabila hashtag Da’iTV3 trending nombor Satu di laman sosial Twitter semasa bersiaran pada minggu lepas,” tambah Sherina.

Episod keenam Da’i Pendakwah Nusantara menampilka­n tetamu Nusantara Sheikh Karim yang telah membuka tirai persembaha­n dengan bacaan doa.

Panel juri awam pada malam tersebut terdiri daripada pengasas Almas Beauty & Health, Datin Maziah, Da’i Hilman, Farid (penyampai radio KoolFM), Qody Mentor Milenia (penyanyi lagu tema Da’i musim ke-4), Nisa Aznan (pen- gacara Nasi Lemak Kopi O), Heliza Helmi (pengacara SIS), dan Uyaina Arshad (pengacara Nona).

Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 dicergaska­n oleh Almas Beauty & Health… Penghulu Segala Produk, bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.

Fokus kepada golongan muda yang berkeboleh­an untuk berdakwah secara berhikmah, Da’i Pendakwah Nusantara yang mempunyai 12 episod menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan sebuah trofi sekaligus merangkul gelaran juara musim keempat ini.

Musim baharu ini menampilka­n Datuk Rosyam Nor sebagai hos, Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail sebagai hos bersama dan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (ketua mentor) yang akan memantau secara keseluruha­n prestasi para peserta sambil dibantu oleh dua orang Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah.

Pada setiap minggu, para peserta perlu menyampaik­an tazkirah selama 3 minit mengikut topik yang telah ditetapkan secara berhikmah dengan gaya tersendiri dan penampilan menarik.

Untuk mendapatka­n maklumat dan perkembang­an terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysi­a. Penonton juga boleh menyaksika­n program ini melalui portal Tonton.

 ??  ?? Harga RM1.20
Harga RM1.20
 ??  ??
 ??  ?? HOS program Da’i Datuk Rosyam Nor (kiri) bersama dengan Da’i Hazman.
HOS program Da’i Datuk Rosyam Nor (kiri) bersama dengan Da’i Hazman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia