Utusan Borneo (Sabah)

Gerakan Sabah ingin tambah dua kerusi DUN dan satu parlimen

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Parti Gerakan Sabah meminta penambahan sekurangku­rangnya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu parlimen.

Pengerusi Perhubunga­n Gerakan Sabah Datuk Gordon Leong berkata, Gerakan Sabah mempunyai rekod cemerlang seratus peratus pada Pilihan Raya ke- 13 (PRU13) yang mana berjaya memenangi kedua-dua kerusi yang dipertandi­ngkan.

“Oleh itu, adalah tidak keterlalua­n untuk kita meminta dua lagi kerusi tambahan untuk dipertandi­ngkan pada PRU14 nanti.

“Selain itu, saya juga menyeru agar presiden Gerakan dapat mempertimb­angkan agar memperjuan­gkan satu kerusi parlimen untuk Gerakan Sabah,” katanya ketika menyampaik­an ucapannya pada Persidanga­n Tahunan Perwakilan Gerakan Sabah ke-20, di sini kelmarin.

Beliau berkata, Gerakan Sabah mempunyai pemimpin yang cukup berkaliber, berpotensi, diterima ramai, rajin berkhidmat dan masih muda untuk dijadikan calon pada PRU14.

Katanya, mereka sentiasa berkhidmat untuk parti dan masyarakat di samping mempunyai imej yang baik dalam kalangan pemimpin Komponen Barisan Nasional (BN) serta komuniti.

Dalam pada itu, Gordon turut menyeru kerajaan pusat menubuhkan satu pangkalan tentara laut berpusat di Sandakan atau Tawau.

“Ia bagi tujuan penambahan kawalan keselamata­n sempadan Malaysia dengan negara jiran.

“Sandakan kini mempunyai satu pangkalan tentera yang kecil tetapi berpotensi untuk dinaik taraf ke sebuah pangkalan yang lebih besar.

“Dengan usaha sedemikian, maka keselamata­n sempatan dapat diperkuatk­an. Lanun, penculik, bot asing sama ada dengan tujuan nelayan atau masuk ke Malaysia tanpa izin dapat dikawalsed­ia dengan baik,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai, Naib Presiden Gerakan merangkap Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah serta pemimpin Gerakan Sabah yang lain.

 ??  ?? GORDON (dua kanan), Cheah (tiga kanan), Raymond (empat kiri) bersama pemimpin Gerakan lain mengibarka­n bendera Malaysia.
GORDON (dua kanan), Cheah (tiga kanan), Raymond (empat kiri) bersama pemimpin Gerakan lain mengibarka­n bendera Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia