Utusan Borneo (Sabah)

Gerakan Sabah intai penambahan kerusi DUN pada PRU14

- YAP SIONG HAN Oleh

KOTA KINABALU: Parti Gerakan akan meminta penambahan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah memandangk­anpartiitu­yakinakan mengulangi kecemerlan­gan untuk memenangi kesemua kawasan yang akan dipertandi­ngkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, Gerakan tidak sewenangwe­nangnya meminta penambahan kerusi sebaliknya menjamin bahawa kerusi yang diminta itu boleh dimenangi Barisan Nasional (BN).

“Kita mempunyai calon pemimpin yang berwibawa di Sabah dan kita akan pastikan setiap kerusi yang dipertandi­ngkan berjaya dimenangi.

“Bagaimanap­un, kita perlu menunggu pihak Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) untuk mengumumka­n keputusan penambahan 13 kerusi di Sabah,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Tahunan Perwakilan Gerakan Sabah ke-20, di sini kelmarin.

Terdahulu dalam ucapanya, Gerakan akan memperkuat­kan dan mengembang­kan peranan parti itu di Sabah.

Katanya, Gerakan akan memainkan peranan yang lebih besar di Sabah pada masa hadapan. Gerakan juga mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber dan berhadap peluang itu dapat diberikan pada PRU14 nanti.

“Gerakan Sabah penting kepada parti itu secara keseluruha­n kerana pada PRU13 yang lalu, parti ini di Sabah telah menyumbang­kan sebanyak dua kerusi,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Gerakan Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, adalah penting untuk ahli-ahli Gerakan yang sebelum ini kurang aktif agar bangkit dan aktif semula bagi bersedia berhadapan dengan PRU14.

Katanya, sekiranya Gerakan Sabah diberikan peluang untuk menambah kerusi, maka usaha untuk memastikan kemenangan adalah diwajibkan.

“Gerakan adalah parti yang terdiri daripada berbilang kaum dan akan bertanding di kawasan tanpa mengira kaum,” katanya.

Menurutnya, adalah tidak patut untuk menyatakan bahawa Gerakan hanya ingin bertanding di kawasan yang dikatakan mempunyai ramai pengundi Cina atau kubu kuat.

Raymond berkata, perkara yang penting adalah keutamaan diberikan terhadap kualiti perkhidmat­an kepada rakyat tanpa mengira kaum di kawasan itu.

Raymond yang juga Timbalan Ketua Menteri turut menjelaska­n bahawa tindakan beliau untuk menyertai parti Gerakan adalah satu keputusan yang betul memandangk­an hanya parti itu sahaja yang berani mengadakan kempen anti rasuah.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Perhubunga­n Gerakan Sabah Datuk Gordon Leong.-

 ??  ?? CHEAH (lima kanan) menyerahka­n sumbangan bernilai RM25,000 kepada Pengerusi Pertubuhan Perkhidmat­an Komuniti Jireh, Wong See Kiet (tiga kiri), turut kelihatan ialah Raymond (empat kanan) dan Gordon (dua kiri).
CHEAH (lima kanan) menyerahka­n sumbangan bernilai RM25,000 kepada Pengerusi Pertubuhan Perkhidmat­an Komuniti Jireh, Wong See Kiet (tiga kiri), turut kelihatan ialah Raymond (empat kanan) dan Gordon (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia