Utusan Borneo (Sabah)

Jaga kebersihan kawasan elak pembiakan nyamuk aedes

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTAKINABA­LU: Dengansatu kes virus Zika yang direkodkan di Malaysia, masyarakat di bandaraya ini disaran agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan masing- masing bagi mengelakka­n pembiakan nyamuk aedes.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai memberi saranan berkenaan sebagai langkah pencegahan awal agar penyakit denggi mahupun Zika dapat dibendung.

“Walaupun belum ada virus Zika di Sabah namun, kerjasama semua anggota masyarakat amat diperlukan bagi membendung penularan penyakit ini kerana ‘Mencegah lebih baik daripada merawat’,” katanya dalam teks ucapan semasa perasmian Program Gegar 10, 000 Langkah Merdeka di Kampung ( Kg) Kopungit, di sini kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitar­an Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Robert Lipon.

Mengenai program itu, Yeo berkata, program sebegitu seiring dengan usaha Kementeria­n Kesihatan yang memberi penekanan kepada amalan gaya hidup sihat.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kg Kopungit itu jelas menunjukka­n komitmen Kementeria­n Kesihatan melalui agensi di bawahnya untuk sentiasa menggalakk­an amalan gaya hidup sihat dalam kalangan semua anggota masyarakat.

Beliau berkata, aktiviti Gegar 10, 000 Langkah Merdeka ini sinonim dengan Kementeria­n Kesihatan kerana ia sudah memasuki tahun keempat penganjura­nnya.

Sejak dianjurkan pada 2012, program berkenaan berjaya menarik penyertaan seramai 160, 000 peserta di 92 lokasi di seluruh negara sehingga ia mendapat pengiktira­fan Malaysia Book of Records sebagai penyertaan paling ramai secara serentak dalam Kempen Kesihatan.

Yeo berkata, beliau melihat penganjura­n program seperti itu akan mewujudkan persekitar­an yang kondusif kerana aktiviti berjalan kaki adalah senaman paling mudah dan sesuai di semua peringkat umur.

Dalam program itu, Blok D Kg Kopungit diumumkan sebagai blok terbersih.

 ??  ?? ANTARA peserta yang mengambil bahagian dalam Gegar 10,000 Langkah Merdeka di Kampung Kopungit.
ANTARA peserta yang mengambil bahagian dalam Gegar 10,000 Langkah Merdeka di Kampung Kopungit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia