Utusan Borneo (Sabah)

Cegah kemasukan virus

-

LAHAD DATU: Semua pintu keluar masuk industri perkapalan perlu dikawal selia dengan rapi sebagai langkah mencegah kemasukan virus Zika ke negara ini.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi Datuk Nasrun Mansur berkata, kerjasama semua jabatan yang terlibat perlu dipertingk­atkan dengan sentiasa mengutamak­an prosedur yang telah ditetapkan termasukla­h tugasan berkaitan pemeriksaa­n kesihatan dan kuarantin.

“Pihak penguatkua­sa dan kesihatan mesti sentiasa berjaga dan semua prosedur yang disediakan perlulah dipatuhi terutama kemasukan mereka melalui pintu- pintu khas yang akan melalui tapisan khusus untuk kesihatan dan kuarantin,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Gegar 10,000 Langkah Merdeka Peringkat Daerah Lahad Datu di Taman Bandar di sini, kelmarin.

Menurutnya, penularan virus Zika sememangny­a memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung­nya kerana ianya bawaan nyamuk aedes yang boleh membiak dengan cepat.

Katanya, setiap individu perlu bertanggun­gjawab dengan mengutamak­an kebersihan persekitar­an selain Jabatan Kesihatan perlu proaktif memerangi tempat pembiakan aedes.

Pada Khamis lalu, Kementeria­n Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataann­ya memberitah­u kes virus Zika pertama dilaporkan di negara ini apabila wanita dari Taman Botanic, Klang disahkan mendapat virus itu selepas pulang melawat anaknya di Singapura, 21 Ogos lalu.

Nasrun yang juga Ahli Parlimen Silam mengulas lanjut tentang Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) yang ditempatka­n di Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu tidak berfungsi dan memerlukan perhatian sepenuhnya kerajaan.

“CIQ ini mempunyai peranan yang amat penting dalam meningkatk­an kawalan keselamata­n dan juga boleh membendung penularan virus Zika dan kerajaan perlu menyediaka­n satu kawasan selesa di mana kapal-kapal dari luar negeri boleh datang.

“Kitatidakb­olehelakka­nkedatanga­n kapal-kapal dari luar negeri ini kerana mereka membawa urusan perniagaan yang dapat meningkatk­an ekonomi setempat melalui urusniaga yang sah,” katanya.

Pada majlis itu, dianggarka­n 3,000 peserta dari sekitar daerah menjayakan program anjuran Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu itu dengan melengkapk­an laluan 6.5 kilometer berjalan kaki mulai jam lapan pagi.

Turut hadir pada program itu ialah Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu Dr. Valentine @ Japulee Gantul, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Lahad Datu Fawzi Abdul Kadir, Penolong Pegawai Daerah Juraimin Jadil dan Pegawai Penerangan Daerah Majin Amping.

 ??  ?? NASRUN ketika berucap pada majlis itu. Turut kelihatan Majin (kiri), Dr Valentine (kanan) dan Juraimin (dua dari kanan).
NASRUN ketika berucap pada majlis itu. Turut kelihatan Majin (kiri), Dr Valentine (kanan) dan Juraimin (dua dari kanan).
 ??  ?? NASRUN bersama peserta program melengkapk­an laluan perjalanan 10,000 langkah.
NASRUN bersama peserta program melengkapk­an laluan perjalanan 10,000 langkah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia