Utusan Borneo (Sabah)

Pelan STI perlu diperkukuh Dalam agenda pembanguna­n negara

- Oleh SADDAM EDRIS

kerajaan mahupun swasta dalam melaksanak­an aktiviti berkaitan sains, teknologi dan inovasi secara bersepadu,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kimia Malaysia (K2M) 2016, di sini kelmarin.

Madius berkata, Mosti melalui DSTIN bermula 2013 hingga 2020 menggarisk­an teras strategik utama STI negara merangkumi penyelidik­an, pembanguna­n, pengkomers­ialan, pembanguna­n bakat, tadbir urus, pembudayaa­n dan pembanguna­n industri berasaskan teknologi.

Tambahnya, pembanguna­n rantaian nilai bakat daripada pembanguna­n, pengemblen­gan dan pemerkasaa­n bakat turut diberi penekanan dalam teras tindakan STI negara.

Selain itu katanya, kerajaan juga amat mengutamak­an hal berkaitan kreativiti dan kemahiran berfikir para pelajar melalui pelaksanaa­n teknologi dalam sektor pendidikan.

“Kerajaan mahu generasi kita berfikir bukan setakat menghafal. di sinilah bermulanya usaha kita lahirkan bakat-bakat generasi muda yang akan memacu ekonomi berasaskan inovasi.

“Kita juga mahu generasi muda kini yang bukan hanya menempuhi alam pekerjaan untuk memperoleh pendapatan tetapi turut menjana peluang pekerjaaan,” katanya.

Beliau berkata, Mosti juga sedang melaksanak­an pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) bersama sektor pendidikan tinggi bagi mendedahka­n para guru sains memperoleh tahap pendidikan aras tinggi.

Menurutnya, ia adalah salah satu inisiatif Mosti dalam mencari kaedah terbaik untuk mengubah pemikiran seterusnya menarik minat anak muda mempelajar­i sains.

Terdahulu, seramai 400 pelajar yang terdiri dari lapan sekolah sekitar Penampang, Tuaran dan Kota Kinabalu menyertai karnival berkenaan yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin.

Karnival yang masuk kali keempat itu buat julung kalinya berlangsun­g di Universiti Teknologi Mara ( UiTM) cawangan Sabah bertemakan ‘Pemerkasaa­n Menerusi Celik Sains’.

Hadir sama, Rektor UiTM Datuk Dr Abdul Kadir Rosline, Setiausaha Kehormat Institut Kimia Malaysia (IKM) Chang Hon Fong.

 ??  ?? MADIUS mendengar penerangan mengenai salah satu alat inovasi yang turut dipamerkan pada karnival berkenaan.
MADIUS mendengar penerangan mengenai salah satu alat inovasi yang turut dipamerkan pada karnival berkenaan.
 ??  ?? MADIUS meninjau pameran yang diadakan pada karnival berkenaan.
MADIUS meninjau pameran yang diadakan pada karnival berkenaan.
 ??  ?? CHANG (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Madius (tengah) selepas merasmikan Karnival Kimia Malaysia 2016, kelmarin.
CHANG (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Madius (tengah) selepas merasmikan Karnival Kimia Malaysia 2016, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia