Utusan Borneo (Sabah)

Jainab tetamu kehormat Majlis Malam Gala

-

KOTA KINABALU: Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid telah menghadiri Majlis Makan Malam Gala, di Pacific Sutera Hotel, di sini pada Jumaat.

Majlis makan malam amal itu bagi membantu pembanguna­n pekerjaan dan kerjaya Individu istimewa dan berkeperlu­an khas dianjurkan oleh Country Garden Farm (CGF)

Jainab dalam ucapannya memuji inisiatif dan usaha murni CGF menganjurk­an Majlis Makan Malam Gala khusus membantu individu yang berkeperlu­an khas.

Katanya, pelbagai pihak khususnya pertubuhan sukarela, sektor swasta dan kerajaan telah tampil dengan pelbagai kempen bagi menyedarka­n masyarakat tentang perlunya mereka mengambil berat dan membantu golongan istimewa yang memerlukan bantuan khusus.

“Golongan istimewa ini sebenarnya mampu menyumbang kepada produktivi­ti negara sekaligus sebagai masyarakat yang produktif sekiranya mereka diberi bimbingan yang khusus,” tambahnya.

Menurutnya, Country Gardent Farm (CGF) telah mengambil inisitif menyediaka­n peluang pekerjaan kepada golongan istimewa ini dengan memberikan bimbingan dan latihan kemahiran hidup kepada mereka.

“Dalam masa yang sama CGF turut mendidik masyarakat ke arah cara dan gaya hidup yang sihat dengan memakan sayur- sayuran dan buah-buahan organik yang segar,” tegasnya.

Jainab berharap CGF akan meneruskan program jangka panjang dan usaha murni dalam membantu lebih ramai ibu bapa yang memiliki anak-anak istimewa yang berkeperlu­an khas.

Kepada masyarakat, beliau berharap akan lebih peka dan tampil memberikan sokongan dan bantuan terhadap golongan istimewa yang berkeperlu­an khas ini.

“Bagi ibu bapa yang mempunyai kanakkanak kurang upaya atau berkeperlu­an khas, hendaklah tampil mendaftar mereka dengan Jabatan Kebajikan agar bantuan yang sewajarnya dapat diberikan,” tegasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Puan Janet Chee, pengerusi penganjur Dr.Daniel Fong, ahli lembaga Dr. Ismail Charles dan Pegawai Daerah Penampang Puan Lovita Koisun.

 ??  ?? JAINAB (empat dari kiri) menerima cenderamat­a berupa lukisan daripada Dr. Daniel Fong sambil diperhatik­an oleh tetamu khas yang lain. Lukisan itu dihasilkan oleh anak Daniel, Audrey (dua dari kiri).
JAINAB (empat dari kiri) menerima cenderamat­a berupa lukisan daripada Dr. Daniel Fong sambil diperhatik­an oleh tetamu khas yang lain. Lukisan itu dihasilkan oleh anak Daniel, Audrey (dua dari kiri).
 ??  ?? JAINAB tertarik dengan lukisan yang dihasilkan oleh remaja berkeperlu­an khas, Chye Jia Xin (kanan), 15 semasa melawat gerai pameran dan jualan sempena majlis itu.
JAINAB tertarik dengan lukisan yang dihasilkan oleh remaja berkeperlu­an khas, Chye Jia Xin (kanan), 15 semasa melawat gerai pameran dan jualan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia