Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Serasi 2015/ 2016 pada 22 Okt depan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Penyampaia­n Anugerah Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (Serasi) kali ke9 bagi sesi 2015/2016 akan berlangsun­g di Auditorium Tun Ahmad Raffae menara Yayasan Sabah pada 22 Oktober depan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, program yang dianjurkan sekali dalam dua tahun itu akan melibatkan beberapa kategori seperti tahun sebelumnya.

“Setiap kategori adalah berkaitan dengan pengurusan dan tahap kesedaran mengenai penjagaan dan pemulihara­an alam sekitar dan ianya akan dinilai oleh juri yang terpilih.

“Penyertaan bagi sekolah rendah dan menengah juga menunjukka­n peningkata­n sebanyak 80 peratus sejak program ini dilancarka­n pada tahun 2003 dan kita berharap agar penyertaan kali ini akan lebih dari sebelumnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Replika Cek oleh Shell Malaysia kepada Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar (JAS), di sini pada Jumaat.

Selain itu Masidi juga merakamkan penghargaa­n atas Tanggungja­wab Sosial Koporat ( CSR) yang ditunjukka­n oleh Shell Malaysia dalam usaha memberi kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar.

Katanya, setiap tahun, Shell Malaysia sentiasa menjadi penyumbang kepada pelbagai program termasukla­h program Serasi dan merupakan penyumbang utama tahun ini.

Menurutnya, Shell menyumbang­kan sejumlah RM100,000 dalam menjayakan program Serasi dan selebihnya adalah sumbangan dari pelbagai pihak termasukla­h Jabatan Alam Sekitar (Jas) bersama agensi terlibat.

“Kerajaan negeri amat berbesar hati melihat CSR yang ditunjukka­n oleh Shell yang bukan hanya memberi komitmen padu dari segi kewangan tetapi turut sama menunjukka­n tanggungja­wab mereka untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai penjagaan alam sekitar.

“Kewanganda­nkeuntunga­n memang penting tetapi ia perlu diperoleh melalui rasa tanggungja­wab terhadap alam sekitar tanpa mengabaika­nnya demi warisan untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau juga berharap agar usaha ini akan diteruskan oleh generasi muda selain menambah baik pelaksanaa­n program berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pelindunga­n Alam Sekitar Datuk Yabi Yangkat, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Maimunah Haji Suhaibul dan Pengarah merangkap Pengurus Besar Perniagaan Gas to Liquid, Shell Malaysia Tom Wong.

 ??  ??
 ??  ?? TOM (tiga, kanan) menyampaik­an replika cek berjumlah RM100,000 kepada Yabi (tiga, kiri) pada majlis berkenaan disaksikan oleh Masidi (empat, kanan) dan Maimunah (empat, kiri).
TOM (tiga, kanan) menyampaik­an replika cek berjumlah RM100,000 kepada Yabi (tiga, kiri) pada majlis berkenaan disaksikan oleh Masidi (empat, kanan) dan Maimunah (empat, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia